Header Ads

ads header

Flash News

Tunggu jawapan PKR pusat isu peletakan jawatan Simsudin


KOTA KINABALU -
Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Datuk Christina Liew menyerahkan keputusan kepada ibu pejabat PKR Pusat berhubung isu peletakan jawatan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Simsudin Sidek baru-baru ini.

Christina berkata, beliau masih tidak tahu sama ada peletakan jawatan Simsudin itu diterima atau sebaliknya.

"Saya tidak tahu, sebab peletakan jawatan (surat) beliau dihantar kepada ibu pejabat. Kita tunggu jawapan daripada ibu pejabat lagi pun sekarang sibuk dengan kempen," katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas membuat tinjauan mesra di sekitar Jalan Gaya, Kota Kinabalu hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung isu peletakan jawatan Simsudin.

Bagaimanapun Christina berkata, Simsudin masih ahli PKR dan memegang jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Labuan.

"Simsudin hanya meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan bukan sebagai ahli PKR.

"Beliau seorang yang setia, seorang pemimpin yang baik sebagai Ketua Cabang PKR Labuan, jadi kita hormati keputusannya," katanya.

Sementara itu, mengulas berhubung kempen sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api, Christina berkata, beliau menyerahkan pilihan kepada pengundi di kawasan itu.

"Kita percaya rakyat dan pengundi faham dalam tempoh kurang lima tahun mereka mengundi lagi. Saya yakin mereka faham isu ini dan pentingnya untuk pengundi memilih calon yang betul.

"Jadi kita beri pengundi buat keputusan untuk mereka sendiri, kita pula teruskan kempen," katanya.

DUN Api-Api akan menyaksikan perlawanan sembilan penjuru termasuk tiga daripadanya adalah calon Bebas.

Sumber :  SH  

MR :   Makin melalut parti PKR 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan