Header Ads

ads header

Flash News

Hawar berdarah dipercayai punca kematian 36 ekor kerbau milik Syukur


KUALA TERENGGANU:
Sebanyak 36 daripada keseluruhan lebih 100 kerbau milik keluarga remaja yang terkenal dengan jolokan Mowgli Malaysia, Muhammad Syukur Khamis, 15, mati mengejut sejak Rabu lalu. 

Kesemua kerbau berusia antara dua hingga lima tahun itu mati di kandang yang terletak di Kampung Banggol Katong, Serada di sini dipercayai akibat penyakit hawar berdarah. 

Daripada jumlah itu, difahamkan tiga merupakan kerbau ibu manakala bakinya anak-anak. 

Bapa Muhammad Syukur, Khamis Jusoh, 64, berkata, kematian berturut-turut kerbau peliharaannya itu memberi kejutan besar kerana pertama kali dialami sepanjang puluhan tahun mengusahakan ternakan tersebut. 

Katanya, jumlah korban terbanyak dicatatkan mulai semalam dengan 10 ekor yang mati serentak disusuli 11 lagi pagi ini. 

“Seumur hidup sepanjang saya menternak kerbau dari kecil tidak pernah kejadian  seperti ini berlaku. 

“Saya buntu tidak tahu apa puncanya tetapi doktor mengatakan akibat penyakit hawar berdarah cuma saya bimbang nasib kerbau yang lain kerana setakat ini kira-kira enam ekor tenat dan mungkin akan berdepan nasib sama,” katanya ketika ditemui pemberita di kandangnya di sini hari ini. 

Khamis berkata, akibat kejadian itu, dia kerugian hampir RM200,000 dan jumlahnya mungkin menjadi lebih besar jika lebih banyak kematian berlaku. 

Dalam perkembangan sama, dia juga bimbang keadaan anak bongsunya, Muhammad Syukur yang turut sama bersedih dengan kematian ternakan mereka. 

“Sudah seminggu Syukur tidak bersekolah dan saya pun risau dengan keadaannya di samping buntu memikirkan nasib kerbau-kerbau saya,” katanya.

#Sumber :  – UTUSAN  

MR :   Takdir Allah tiada yang boleh menghalang... itu semua ujian untuk yang hidup 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan