Header Ads

Header ADS

Turun cermin kereta elak keracunan gas tak tepat, kata KKM


KUALA LUMPUR, 22 Sept —
Tips menurunkan cermin kereta kononnya dapat mengelakkan pemandu dan penumpang kereta daripada keracunan gas ketika tidur adalah tidak tepat.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebaliknya berkata tindakan paling selamat adalah keluar dari kenderaan dan berehat di tempat yang mempunyai kitaran udara yang baik.

“Dakwaan bahawa tidur dalam kenderaan sambil menurunkan cermin adalah selamat dan boleh mengelak daripada keracunan gas adalah tidak tepat.

“Tindakan selamat ialah keluar dari kenderaan anda dan berehat di tempat yang mempunyai kitaran udara baik, segar dan selamat,” catat KKM di Twitter.

Katanya tidur dalam kereta boleh mengakibatkan kematian kerana apabila enjin dihidupkan dalam jangka panjang, kebocoran gas karbon monoksida boleh berlaku daripada ekzos yang masuk ke dalam ruang penumpang.

 Khamis minggu lalu empat sekawan, tiga daripadanya meninggal dunia dan seorang kritikal akibat keracunan gas karbon monoksida ketika sedang berehat di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV).

Ketika kejadian semua gadis yang berusia 21 tahun itu berhenti di sebuah stesen minyak di Pulau Pinang dalam perjalanan pulang ke rumah di Kedah selepas bercuti di Pulau Jerejak.

#Sumber : MM   

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Dimana LOGIK fakta KKM bila kereta running enjin masa berhenti rehat tidur mungkin , ekzos yg bocor boleh sebabkan keracunan CO πŸ˜’ bagi fakta biaq logik sikit. Alasan aku, kalau kenderaan yg dinaiki itu berlaku kebocoran ekzos...sepanjang driving, cermin tutup penghawa dingin dihidupkan waktu hujan lebat 😁 depa tuu zombie kaa waktu tuu 🀭
    πŸ˜” Alfatihah utk mereka yang meninggal dlm kejadian itu dan yg ditimpa musibah...semoga Allah SWT rahmati cucuri roh mereka yg meninggal ditempatkan para syuhadah...🀲Aamin

    BalasPadam
  2. Depa berenti situ rasanya sebab muntah2 loya pening2. Mungkin a long the way dah rasa tersedut. Sebab isunya adalah ekzos bocor. Bukan sebab kereta berhenti.

    Kalau 110% confiden confirm tak bocor, kereta x gerak 2-3 hari pun takpa. Ntah2 1mggu pun takda pa kot.

    Ramai orang pernah tdo dalam kereta tapi tak selalu dengar kes gitu. Memang nasib. Cuma kena kerap cek ekzos plak la kot noh. Payah juga tu.

    Ksimpulan hindar tdo dlm kereta la kot, sebab waktu tu kita x sedar ap dah. Klo masih terjaga boleh la kot pikir lagi pasai pa tiba2 rasa loya2, pening2, mcm tak larat.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.