Header Ads

ads header

Flash News

Umno Wajar Buat Referendum Untuk Memutuskan Sama Ada Menerima PPBM (Bersatu) Dan Membahagi Kerusi Dengan Mereka


Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa telah menyatakan supaya akar umbi UMNO menyerahkan bulat-bulat keputusan untuk menerima PPBM (Bersatu) menyertai Muafakat Nasional (MN) kepadanya dan rakan-rakan di pucuk pimpinan.

Namun demikian, keputusan ini melibatkan implikasi yang besar kerana dengan penerimaan PPBM ke dalam MN ini, UMNO dan Barisan Nasional akan terpaksa menyerahkan banyak kerusi-kerusi tradisi mereka kepada PPBM.

Dan besar kemungkinan, apabila kerusi-kerusi ini diserahkan, kerusi-kerusi ini tidak akan kembali ke tangan UMNO lagi.

Ini akan memberikan kesan yang besar kepada kelangsungan UMNO sebagai suatu parti politik yang membela orang-orang Melayu di Malaysia dan di seantaro dunia.

Dan kerusi-kerusi yang diserahkan ini juga berhadapan dengan risiko kekalahan yang lebih tinggi kerana tentunya ia akan ditandingi oleh bekas-bekas pelompat parti yang rata-rata akan ditolak oleh rakyat.

Jika ini berlaku maka aspirasi untuk mewujudkan kerajaan Muafakat Nasional pertama dalam sejarah Malaysia akan terkubur lantas PH akan kembali berkuasa.

Sebab itu rata-rata akar umbi UMNO tidak bersetuju dengan cadangan atau keputusan penerimaan PPBM ke dalam MN serta pembahagian kerusi dengan mereka seperti di atas.

Dan ini bukan sahaja disuarakan di peringkat akar umbi, namun pemimpin-pemimpin besar UMNO di peringkat negeri dan nasional seperti Tengku Razaleigh, Shahrir Samad, Khaled Nordin, Nur Jazlan, Zahidi Zainul Abidin, dan ramai ketua-ketua bahagian UMNO juga menyuarakan ketidakselesaan mereka kepada cadangan atau keputusan di atas secara terang-terangan mahupun senyap-senyap.
Keputusan penerimaan dan pembahagian kerusi dengan PPBM ini bukanlah suatu keputusan biasa, ia adalah suatu keputusan kritikal yang memberi kesan besar kepada UMNO di semua peringkat untuk jangkamasa yang panjang atau selama-lamanya.

Dan ia juga bukan seperti keputusan piagam Muafakat Nasional bersama PAS dahulu di mana rata-rata akar umbi UMNO bersetuju dengan tiada penolakan signifikan.

Oleh itu, untuk suatu keputusan yang kritikal seperti ini, saya ingin mencadangkan supaya pucuk pimpinan UMNO dan Majlis Tertinggi UMNO melaksanakan satu referendum atau pungutan suara di kalangan semua ahli-ahli UMNO bagi menentukan dan menjawab persoalan sama ada mereka menerima cadangan atau keputusan penerimaan dan pembahagian kerusi dengan PPBM ini.

Dengan adanya referendum ini maka perbincangan dan hujah-hujahan bolehlah dibuat di semua peringkat sebelum pengundian atau pungutan suara dibuat untuk menentukan baik buruk cadangan dan keputusan di atas di samping mendapatkan persetujuan kebanyakan pihak.

Ini kerana, jika akar umbi dan ahli-ahli UMNO tidak bersetuju akan keputusan penerimaan dan pembahagian kerusi dengan PPBM di atas, ia dikuatiri akan menjadi satu malapetaka buat UMNO, Barisan Nasional dan Muafakat Nasional apabila pergi ke Pilihanraya Umum ke-15 yang akan datang.
Dan adalah lebih baik pucuk pimpinan mendapatkan pandangan akar umbi di masa dan peringkat ini kerana pada akhirnya akar umbi juga yang akan bekerja berpenat lelah berjuang di lapangan kelak untuk memenangkan calon-calon kita.

Sekian.

ISHAM JALIL
5 September 2020

MR : Ada ramai dalam UMNO masih berfikiran UMNO sebelum ini sebelum kalah   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Jika di adakan PRU 15
    MN akan kalah..tanpa bantuan PPBM
    Kerana kemungkinan besar PPBM akan bergabung bersama PKR..DAP..Amanah..MN akan hancur

    BalasPadam
  2. Yg paling utama, rakyat terutamanya kaum majoriti melayu x mahukan dap Dan anak didik dap, pandap. Mana2 parti yg bersekutu dgn dap, akan disingkirkan oleh kaum majoriti.

    BalasPadam