Header Ads

ads header

Flash News

Wanita nyaris maut kepingan konkrit hempap kereta


Seorang wanita nyaris maut, selepas kepingan konkrit daripada kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE), terjatuh menghempap kereta yang sedang dipandunya di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), petang tadi.

Walaupun kereta Proton Saga BLM itu remuk dihempap kepingan konkrit bersaiz satu meter persegi, wanita itu terselamat dan hanya cedera di tangan kirinya.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohd Mokhsein Mohamed Zon berkata, kejadian kira-kira 5.45 petang itu berlaku di MRR2 berhampiran sebuah stesen minyak di Bandar Tasik Selatan dari arah Sungai Besi menghala ke Ampang.

“Mangsa berusia 25 tahun yang memandu kereta jenis Proton Saga BLM itu, diselamatkan orang awam sebelum dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HUKM) dan sedang menerima rawatan di Zon Kuning,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mohd Mokhsein berkata, kejadian tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas dan kerja-kerja pengalihan serta pembukaan semula lorong itu mengambil masa dua jam.

#Sumber :  - Bernama  

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan