Header Ads

ads header

Flash News

23 ahli Parlimen Umno tak sokong Anwar, kata Nazri


PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Umno, Nazri Aziz berkata, tiada seorang pun daripada 23 ahli Parlimen parti itu yang menyokong rancangan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baru.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu menolak laporan FMT semalam yang ketegangan berlaku dalam Umno antara ahli Parlimen yang menyokong dan menentang bekas timbalan perdana menteri itu.

“Tiada apa yang berlaku dalam Umno. Terdapat 23 ahli Parlimen dari Umno. Saya dengan yakin boleh kata kami tidak menyokong inisiatif Anwar.”

Semalam, 3 ahli Parlimen Umno yang enggan dinamakan dilaporkan berkata, ahli Parlimen parti itu berpecah kepada 3 kumpulan: mereka yang menyokong Anwar, menentang dan atas pagar yang belum membuat keputusan.

Bagaimanapun, Nazri berkata: “Selain daripada mereka yang menafikannya secara tegas di media sosial, saya sudah bercakap kepada selebihnya dan mereka mengesahkan kepada saya, mereka tidak menyokong rancangan Anwar.”

Katanya, hanya kerana Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata ahli Parlimen parti itu bebas menyokong sesiapa yang mereka mahu, tidak bermakna mereka menyokong Anwar.

“Ahli Parlimen Umno akan bersatu dan sebarang keputusan yang kami buat adalah secara bersama. Saya menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan di kalangan orang ramai mengenai pendirian kami (ahli Parlimen Umno) dalam isu ini.”

Bulan lalu, Anwar mendakwa mendapat “sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan” daripada ahli Parlimen pelbagai parti untuk menubuhkan kerajaan baru. Beliau dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Selasa ini.

#Sumber :  FMT  

MR :   Nazri ni antara yang boleh buat mengejut.. 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan