Header Ads

ads header

Flash News

298 sekolah di daerah Petaling tutup


PETALING JAYA:
298 sekolah di daerah Petaling, Selangor ditutup bermula 12 Okt sehingga 25 Okt, selepas Kementerian Kesihatan mengesahkan daerah itu zon merah, kata Kementerian Pendidikan hari ini.

Ia merangkumi sekolah rendah dan menengah bawah Kementerian Pendidikan serta sekolah swasta yang berdaftar dengannya. Sekolah yang mempunyai asrama termasuk kolej vokasional juga ditutup.

“Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil murid yang tinggal di asrama tersebut untuk pulang,” katanya dalam kenyataan.

“Murid yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau murid yang ingin terus kekal berada di asrama sekolah dan kolej vokasional sepanjang tempoh penutupan sekolah akan berada di bawah penjagaan warden asrama.”

Dalam tempoh penutupan sekolah ini, pengetua dan guru besar akan memastikan guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah mengikut kesesuaian.

Sekolah terlibat yang sedang melaksanakan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia boleh menjadualkan semula peperiksaan itu ke suatu tarikh yang bersesuaian kelak.

Sesebuah daerah akan dikelaskan sebagai zon merah selepas mencatatkan lebih 40 kes positif Covid-19.

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan