Muhyiddin ulangi kesilapan PH, percaya propaganda sendiri kata Shahrir
Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad berpendapat kesilapan pertama Kerajaan Pakatan Harapan (PH) apabila mempercayai propaganda sendiri semasa berkempen untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Jelas bekas menteri dan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu, propaganda memang perlu dalam perperangan dan politik pastinya suatu perperangan tapi ia jangan jadi propaganda.
“Propaganda is just propaganda. Governance has to be guided by facts and data! Kesilapan kedua ialah
setiap kerajaan baru adanya tempoh ‘berbulan madu’ ketika mana kesilapan
dan kegagalan bolih dimaafkan atau tidak diperbesarkan.
“Maklumlah, masih berbulan madu. After the honeymoon, reality sets in!,” katanya di Facebook miliknya hari ini.
Tambah Shahrir, kesilapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga begitu.
Dakwanya, kerana terlalu percaya kepada pakar-pakar propaganda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Perikatan Nasional (PN) sendiri.
Muhyiddin didakwa menganggap watak Abahnya itu mampu mengatasi kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan kumpulan sendiri.
“Apabila memberi amaran beliau akan menggunakan rotan sebagai isyarat
seorang ‘Abah’ mampu juga bersifat tegas, ada pula yang menganggap
Muhyiddin terbawa-bawa watak Abah itu.
“Senyuman manis selepas tujuh bulan bertukar menjadi senyuman sinis sebagai sambutan kepada penerusan watak “Abah” yang sudah ingin bertegas kepada “anak-anak” nya.
“Dan mulalah diungkit ketidakpuasan hati terhadap menteri yang balik
dari luar negara tanpa menjalani kuarantin tidak diuruskan dengan
munasabah dan adil.
“Kesimpulannya, pemimpin janganlah percaya sangat kepada propagandist sendiri. Dan ‘bulan madu’ juga bertempoh,” katanya.
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com







©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan