Header Ads

ads header

Flash News

375 kes baharu Covid-19, 5 kematian


Putrajaya:
Penularan Covid-19 dalam negara merekodkan 375 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 14,368 kes dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 3,703kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 375 kes baharu dilaporkan itu, penularan tempatan merekodkan 371 kes, selebihnya empat kes import.

Katanya, daripada kes penularan dalam negara itu juga, 18 kes adalah pengunjung yang pulang dari Sabah, ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September sebanyak 301 kes.

"Penularan Covid-19 tertinggi direkodkan di Sabah (271) sebahagian besar di kawasan PKPDB (Perintah kawalan pergerakan diperketatkan Bersasar) dan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat).

"Lain negeri antaranya Selangor (36), Kedah (16), KL (12). Lima kluster baharu dilaporkan hari ini," katanya pada sidang media di kediaman beliau hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, ada 18 kes yang pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 10,519 kes.

"Sehingga kini, 60 pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 20 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dalam pada itu, lima kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian bertambah 146 kes.

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan