Header Ads

ads header

Flash News

UMNO Bahagian Batu Secara Rasmi Tolak Kerjasama Dengan PPBM (Bersatu)


KUALA LUMPUR –
Mengambil maklum dengan apa yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini, UMNO Bahagian Batu mengambil ketetapan menolak kerjasama dengan Bersatu.

Ketua Bahagiannya, Datuk Yahya Mat Ghani berkata, pihaknya hanya mahu meneruskan kerjasama dengan PAS dalam Muafakat Nasional.

“Hanya ingin kekal bersama PAS dalam Muafakat Nasional (MN) dan seterusnya mengukuhkan kerjasama MN dengan menolak sebarang kerjasama politik dengan Perikatan Nasional (PN) dan juga kemasukan PPBM kedalam MN

“Berpendapat PPBM tidak menambah sebarang kekuatan politik MN di Parlimen Batu malah dari maklum balas yang diterima kemungkinan besar sokongan terhadap MN akan berkurangan secara drastik lebih-lebih lagi dikalangan ahli-ahli UMNO Bahagian Batu sendiri sekiranya menerima kehadiran PPBM.

“UMNO dan PAS Parlimen Batu juga sudah bersetuju secara dasarnya bahawasanya hanya antara calon UMNO atau PAS yang akan diketengahkan untuk calon PRU15 kelak kerana lebih diterima rakyat terutamanya orang-orang Melayu disamping mempunyai jentera pilihanraya masing-masing yang tersusun dan mantap, ” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Yahya, antara dakwaan kejadian di Sabah yang menyebabkan UMNO Batu menolak kerjasama dengan Bersatu adalah kerusi tradisi diserahkan, terdapat unsur sabotaj, ketiadaan dan kelemahan jentera parti dari pihak PPBM, tiada keikhlasan/kejujuran dan tindakan menikam sahabat secara diam untuk kepentingan sendiri

#Sumber :  .- MYNEWSHUB  

MR : Ni perosak kesatuan dan muafakat   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan