561 kes baharu dilapor, 488 daripadanya jangkitan di Sabah
KUALA LUMPUR: Sejumlah 561 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan hari ini di Malaysia sekali gus menjadikan kumulatif kes positif virus itu adalah 15,657 kes.
Ketua
Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 561
kes baharu tersebut, 488 adalah jangkitan di negeri Sabah.
"Lapan kes merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
"11 kes merupakan pengunjung dari Sabah sekali gus menjadikan keseluruhan 353 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah," katanya.
Sementara itu, katanya sejumlah 133 individu telah pulih hari ini menjadikan kumulatif kes pulih adalah 10,913 individu.
Beliau turut memaklumkan terdapat dua kematian hari ini.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com







©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan