Header Ads

Header ADS

Enam sekolah di Taiping ditutup mulai esok


IPOH -
Enam sekolah dalam daerah Larut Matang Selama (LMS) akan ditutup selama tujuh hari bermula esok susulan terdapat kes positif koronavirus (Covid-19) membabitkan warga sekolah itu.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria berkata, sekolah terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King Edward VII, SMK (P) Treacher Methodist dan SMK Bukit Jana.

Menurutnya, turut ditutup adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Jana, SK Convent Kota dan SK Ulu Mengkuang.

"Penutupan ini adalah selaras dengan arahan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai langkah pencegahan awal mengurangkan risiko penularan wabak.

"Apatah lagi kedudukan sekolah-sekolah ini hampir dengan kawasan pusat tahanan perlindungan di Taiping yang mempunyai rekod jangkitan Covid-19," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun meminta ibu bapa dan penjaga agar tidak panik dengan situasi itu dan menasihati mereka untuk mematuhi segala arahan dikeluarkan pihak sekolah.

Katanya, semua warga dan pengurusan sekolah di negeri ini perlu memastikan prosedur operasi standard (SOP) dan amalan kebersihan di sekolah dipatuhi.

"Kita akan terus memantau situasi ini dari masa ke masa dan kita mohon semua warga sekolah agar segera melaporkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing sekiranya berlaku penularan Covid-19," katanya.

#Sumber : SH   

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.