Header Ads

ads header

Flash News

563 kes baru Covid-19, dua lagi kematian


Sebanyak 563 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini, termasuk dua lagi kematian yang dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada taklimat medianya secara maya di Facebook berkata, Sabah kekal sebagai negeri yang masih mencatatkan peningkatan kes tertinggi iaitu sebanyak 291 kes.

Ia diikuti dengan Selangor (69 kes), Pulau Pinang (141), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (28), Negeri Sembilan (12), Kedah (10), Perak (4) dan masing-masing dua di Johor, Putrajaya dan Labuan.

Sarawak dan Melaka pula masing-masing mencatatkan satu kes baru.

Jumlah kes keseluruhan kini sebanyak 16,220.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan bahawa enam kluster baru dikesan di Kuala Lumpur, Sabah, Selangor, Johor dan Putrajaya.

"Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua kes kematian berkaitan Covid-19.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah sebanyak 159 kes atau 1.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya sambil menambah semua mangsa adalah dari Sabah.

Memperincikan kes kematian itu, dia berkata, kes ke-158 membabitkan seorang wanita berusia 85 tahun yang menghidap penyakit darah tinggi, jantung dan paru-paru kronik. Dia meninggal dunia di Hospital Tawau.

"Kes kematian ke-159 membabitkan warga asing, berusia 48 tahun dan meninggal dunia di Hospital Tuaran," katanya.

Dr Noor Hisham juga berkata jumlah pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) kini adalah 98 kes dengan 29 yang memerlukan ventilator.

Berikut status terkini Covid-19 setakat hari ini:

Jumlah discaj baru: 109

Jumlah kumulatif discaj: 11,022 (67.9%)

Jumlah kes baru: 563

Jumlah kumulatif: 16,220

Jumlah kes aktif: 5,039

Kes tempatan:562 (498 warga negara, 64 bukan warga negara)

Kes import: 1 (1warga negara)

Jumlah kematian: 2

Jumlah kumulatif kematian: 159 (1.0%)

Jumlah kes di ICU: 98

Pesakit intubated: 29

    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan