Header Ads

ads header

Flash News

6 lagi kluster baharu, 4 di Selangor


PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 6 kluster baharu dikesan, dengan 4 daripadanya di Selangor.

Empat kluster itu adalah Kluster Simera, Kluster Tasik, Kluster Utama, dan Bah Kluster Manggis, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.

Sabah dan Sarawak masing-masing mengesan 1 kluster baharu, iaitu Kluster Highway dan Kluster Taman Putra.

Bagi Kluster Simera (Selangor), kes jangkitan baharu dikesan di Besut (Terengganu), Kuantan (Pahang), Petaling, Klang, dan Hulu Langat.

“Kes indeks bagi kluster ini dikenal pasti positif hasil individu bergejala pada 6 Okt dan dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu. Saringan kontak rapat mengesan 7 lagi kes positif. Sehingga 10 Okt, 12 tengah hari, 126 individu disaring, di mana 8 positif, 88 negatif, dan 30 individu masih menunggu keputusan,” katanya.

Bagi Kluster Tasik (Selangor), kes baharu ini dikesan di Miri (Sarawak), Petaling, Hulu Langat, dan Klang.

“Kes indeks bagi kluster ini dikenal pasti positif 19 hasil saringan di pintu masuk ke Sarawak pada 3 Okt dan dimasukkan ke Hospital Miri. Saringan kontak rapat mengesan 9 lagi kes positif. Sehingga 10 Okt, 12 tengah hari, 15 individu disaring, di mana 10 kes dikesan positif, 1 negatif; dan 4 individu masih menunggu keputusan,” katanya.

Bagi Kluster Utama (Selangor), kes baharu dikesan di Gombak dan Petaling.

“Kes indeks bagi kluster ini dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 4 Okt. Mereka dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat mengenalpasti 9 lagi kes positif. Sehingga 10 Okt, 12 tengah hari, 114 individu disaring, di mana 10 kes dikesan positif, 15 negatif, dan 89 individu masih menunggu keputusan,” katanya.

Bagi Kluster Bah Manggis (Selangor), kes baharu dikesan di Tawau (Sabah) dan Kuala Langat.

“Kes indeks bagi kluster ini dikenal pasti positif hasil saringan bergejala pada 5 Okt dan dimasukkan ke Hospital Tawau. Saringan kontak rapat mengenalpasti 7 lagi kes positif. Sehingga 10 Okt, 12 tengah hari, 107 individu disaring, di mana 8 kes dikesan positif, 26 negatif, dan 73 individu masih menunggu keputusan,” katanya.

Bagi Kluster Highway (Sabah), kes baharu dikesan di Kota Belud.

“Kes indeks bagi kluster ini dikenal pasti positif hasil saringan bergejala pada 3 Okt dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Saringan kontak rapat mengenalpasti 22 lagi kes positif. Sehingga 10 Okt, 12 tengah hari, 59 individu disaring, di mana 23 kes dikesan positif, dan 36 individu negatif,” katanya.

Bagi Kluster Putra (Sarawak), kes baharu dikesan di Bintulu.

“Kes indeks bagi kluster ini dikenal pasti positif hasil saringan di pintu masuk ke Sarawak pada 8 Okt dan dimasukkan ke Hospital Bintulu. Saringan kontak rapat mengesan 4 lagi kes positif. Sehingga 10 Okt, 12 tengah hari, sejumlah 57 individu disaring, di mana 5 kes dikesan positif, 2 individu negatif, dan 50 individu masih menunggu keputusan,” katanya.

#Sumber : FMT   

MR :  Makin parah  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan