Header Ads

ads header

Flash News

62 Daripada 230 Kluster Covid-19 Jangkitan Di Tempat Kerja



KUALA LUMPUR –
Sebanyak 62 kluster iaitu 30 peratus daripada keseluruhan 230 kluster Covid-19 di negara ini berkaitan jangkitan di tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini, terdapat 37 kluster tempat kerja yang masih aktif termasuk dua kluster baharu yang diumumkan pada hari ini.

“Tindakan proaktif majikan menjalankan saringan Covid-19 kepada pekerja membolehkan pengesanan kes positif yang tidak bergejala dalam kalangan warga kerja dan seterusnya membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menjalankan aktiviti kesihatan awam dengan segera.

“Ini sekali gus dapat membendung penularan jangkitan dalam komuniti seterusnya melindungi kumpulan berisiko tinggi, warga emas dan kanak-kanak.

“KKM berterima kasih dan menghargai majikan serta syarikat swasta yang sama-sama membantu mengekang penularan Covid-19 di kalangan warga kerja,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Selain tindakan proaktif majikan, Dr Noor Hisham berkata, pekerja juga mempunyai peranan besar dalam membantu KKM membendung penularan Covid-19 di tempat kerja dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

#Sumber :– myMetro Online 

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan