Header Ads

Header ADS

Warisan tawarkan sokongan buat Belanjawan 2020 tapi dengan syarat


Warisan bersedia memberikan sokongan kepada Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) minggu depan jika keperluan mendesak sekarang dipenuhi.

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata belanjawan yang diperlukan ketika ini ialah dibuat secara menyeluruh membantu rakyat, mengatasi Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Mengambil contoh di Sabah, Mohd Shafie berkata sektor perubatan dan kesihatan di negeri itu terlalu jauh ketinggalan berbanding negeri lain.

"Justeru Belanjawan 2021 perlu memberi fokus kepada menyelesaikan kekurangan tersebut demi manfaat rakyat Sabah," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Warisan kini mempunyai 15 wakil di Dewan Rakyat, tidak termasuk Batu Sapi yang kini kosong ekoran kematian Liew Vui Keong pada 2 Okt lalu.

Sebelum ini parti itu memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan pusat, dan berjaya menguasai DUN Sabah. Bagaimanapun dalam pilihan raya negeri - yang diadakan pada 26 Sept lalu kesan cubaan wakil rakyat Umno negeri itu mahu menggantikan kerajaan - Warisan gagal mendapat majoriti untuk kembali berkuasa.

Belanjawan 2021 akan dibentangkan pada 6 Nov ini dan akan dibahas sebelum diundi sama ada diluluskan atau tidak. Kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak untuk membolehkan ia diterima atau berdepan kegagalan kerajaan.

Menurut Mohd Shafie, Warisan tidak ada masalah untuk memberi sokongan kepada belanjawan berkenaan jika ia dilihat wajar, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu.

Keutamaan buat masa ini, katanya, ialah seperti kemudahan sistem kesihatan di Sabah yang turut berdepan isu kekurangan doktor dan kekurangan pusat kuarantin untuk pesakit Covid-19.

"Kerajaan perlu memastikan Covid-19 yang melanda Sabah diuruskan dengan sebaik mungkin termasuk menyediakan lebih banyak pusat kuarantin yang berdekatan dengan masyarakat demi memastikan rakyat tidak mengalami kesusahan," katanya.

Turut diperlukan, kata ahli parlimen Semporna itu lagi, belanjawan berkenaan tidak hanya berpaksikan kepada pembangunan semata-mata sebaliknya melibatkan rakyat dan komuniti perniagaan yang terjejas teruk akibat Covid-19.

Tegasnya, semakin banyak syarikat kini bankrap dan tidak bermaya namun kerajaan masih mengutip cukai sehingga RM160 bilion setahun daripada mereka.

"Maka satu langkah perlu diambil untuk memastikan sektor ekonomi disuburkan kembali sebelum kerajaan mencukai syarikat-syarikat berkenaan," katanya.

MR :   Muhyiddin terima banyak syarat daripada banyak parti... pening!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Perkataan "kematian" kurang sesuai digunakan dlm artikel ini...perkataan "meninggal" lebih sesuai digunakan..... Harap dipertimbangkan binaan ayat yg ssuai utk pmbaca

    BalasPadam
  2. MR... kalau midin x nak pening lepaskan jawatan tu. Jawatan P. M jawatan paling tinggi dalam negara.

    BalasPadam
  3. Muhyidin teruskqn tugas sebagai PM...
    Anuar pun terus gagal utk sebagai PM...

    BalasPadam
  4. Dsai mmg bagus mintak peruntukan perubatan di sabah tp rakyat semporna x berapa minat nak jaga kesihatan dan arahan penjarakan pun di abaikan..cuba wartawan tinjau di semua bank bank di pekan semporna dgn gelagat warga semporna. Bila polis tegur dan marah ikut arahan tp dlm masa 5 minit arahan tu di biarkan dan ikut kepala sendiri. Cuba dsai dtg diam diam tgok di pekan semporna iaitu kampung dsai sendiri mcm mana ragam warga semporna

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.