Seperti permintaan dengan Anwar, UMNO nak jawatan TPM, Muyhiddin Setuju, tapi bukan Zahid
Pendedahan mengejutkan membabitkan isi kandungan surat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Yang di-Pertuan Agong, baru-baru ini yang menyatakan UMNO meminta jawatan TPM jika memberikan sokongan kepada Anwar.
surat yang dipersembahkan oleh Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa bersama-sama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan syarat TPM adalah milik UMNO.
"Surat bertarikh 11 Oktober itu, yang ditandatangani bersama bekas Presiden UMNO, Najib Razak dihantar menjelang panggilan menghadap Anwar ke Istana Negara pada 13 Oktober, di mana Presiden PKR itu perlu membuktikan dakwaannya mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
"Akan tetapi dua hari sebelum itu, Ahmad Zahid bertemu Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediamannya di Bukit Damansara.
"Dalam pertemuan itu, Ahmad Zahid memberikan komitmen sokongan UMNO kepada Perdana Menteri, selepas Anwar mengumumkan mempunyai “sokongan kukuh dan meyakinkan” untuk menumbangkan kerajaan Muhyiddin,"
Mengikut sumber orang Muhyiddin mengadakan perbincangan dan BERSATU bersetuju dengan apa syarat UMNO dengan Anwar.
UMNO meminta jawatan TPM sebagaimana permintaan mereka dengan Anwar Ibrahim.
Muhyiddin Yassin didakwa sedang menunggu Umno mencalonkan pemimpin parti itu yang dianggap boleh diterima untuk dilantik sebagai timbalan perdana menteri, lapor sebuah laporan media hari ini.
Memetik sumber yang tidak didedahkan, Sin Chew Daily mendakwa presiden Bersatu itu bersedia melantik seorang wakil Umno ke jawatan berkenaan dan terserah kepada parti terbabit mengemukakan calon.
Bagaimanapun kata sumber berkenaan Muhyiddin tidak dapat menerima Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, sebagai timbalannya kerana ahli parlimen Bagan Datuk itu masih dibicarakan di mahkamah.
“Tan
Sri (Muhyiddin) boleh terima Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan;
Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob atau Hishammuddin Hussein yang
kini tiada sebarang jawatan dalam parti.
"Sekarang (Muhyiddin) cuma menunggu cadangan Umno, tapi jika mereka bertegas mahukan Zahid, maaflah," katanya.
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com







©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Bodoh lah zahid ni.. Org meme x suka hg oiiii.. Xkan nk jd TPM byk kes.. Masa mana nk jaga ngara dgn kes byk
BalasPadamsenang je kau unknown 10.40. mederator minda rakyat sekarang ni dah jadi penjilat tegar tahi si midin n jemin video. sume yang dia cite sume kau caya.
Padamkalau ambik h2o baik tak yah ambik.
BalasPadamMesti ade give and take.. kalau Muhyidin taknak Zahid UMNO mungkin boleh terima tapi dgn syarat Jemin ngan Hamzah disingkirkan dari kabinet sepenuhnya.. Jemin boleh dilantik jadi ketua frontliner kat hospital Sabah dan Hamzah boleh jadi ketua penyelaras sekatan jalanraya PKPB di Sabah.. barulah nampak mereka ni sanggup berkorban jawatan dan kuasa demi nak mengawal covid19 ni macam yg diorang laung2kan tu.. lepas tu make sure TPM bukan Hishamudin yg nyata2 adalah sekutu Jemin dan Annuar Musa yg jelas2 pro PN.. Bersatu jgn pentingkan diri sendiri je okay.. make sure bakal TPM UMNO nanti jenis yg terbuka nak runding dgn parti pembangkang.. baru Barsatu takut nak buli2 lagi.. yg penting jgn bagi muka lagi kat Muhyidin and bersatu.. tindakan mereka nak mengisytiharkan darurat tu amat2 melukakan hati UMNO yg sama2 berjuang menubuhkan PN..
BalasPadamUlasan terbaik ni. Aku suka kedudukan baru si jemin dan sihamzah di sabah. TPM dari umno bagi pada tok Mat dan tukarkan h20, nuar musa, keri dn menteri kesihatan tu dgn muka2 baru seperti ketua pemuda umno. Lantik dari Pas menteri agama. baru tenang dunia politik.
PadamMR tak elok nak buruk sangka.... Ya betul Zaid Hamidi ada kes kes mahkamah tapi kebanyakan kes kes tuduhan bermotifkan politik hasil dari kerja jahat Atok masa bersama PHancing memerintah. Tapi Zaid macam DSN bersikap dan berjiwa besar tidak mahu digugurkan tuduhan2 terhadap mereka dgn meneruskan pembicaraan walaupun PN sudah ambil alih pemerintahan yg Umno juga ada didlm kerajaan PN. Umno telah banyak berkorban tapi "Abah kau" dah banyak tikam belakang kpd Umno. walaupun MP2 Umnolah yg telah menaikkan "Abah kau" jadi PM. Kalau kita telusuri betul2 senario politik "Abah Kau" perangainya hampir sama macam "ATOK"...
BalasPadamElok "Abah kau" letak jawatan jelah.
Betul jangan buruk sangka
PadamKomidi sungguh si Zahid ni, malang nasib Amno berpresidentkan pelawak hu hu hu
BalasPadamRba exph
PadamBeware of Malaysia Now portal
BalasPadam