Header Ads

ads header

Flash News

Undian belanjawan peluang akhir Anwar kata James Chin


Adakah Anwar Ibrahim masih mempunyai peluang mengambil alih Putrajaya dari Perikatan Nasional?

Menurut James Chin, seorang penganalisis politik dan profesor Kajian Asia, hasil mesyuarat MT Umno itu menutup peluang untuk Anwar menjadi perdana menteri.

Dia mengatakan satu-satunya harapan ketua pembangkang itu untuk meneruskan rencananya sekarang adalah dengan mengalahkan Belanjawan 2021 kerajaan, yang akan dibentangkan di parlimen bulan depan.

"Jadi, satu-satunya peluang yang dimiliki Anwar adalah menyusun semula penyokongnya dan berusaha mengalahkan proses belanjawan. Kerana di bawah sistem kita, jika rang undang-undang belanjawan dikalahkan, kerajaan akan jatuh," kata Chin, yang berkhidmat di University of Tasmania.

Namun, itu bukan suatu tugas yang mudah bagi Anwar.

Salah satu cabarannya, kata Chin, Anwar tidak akan mendapat sokongan ahli parlimen Umno setelah keputusan parti itu kelmarin.

"Saya rasa pada masa ini, majoriti orang Umno akan memilih status quo. Ini bermakna Muhyiddin akan tetap menjadi perdana menteri, dan Anwar telah kehilangan peluangnya," katanya.

Tambah Chin, Muhyiddin juga tidak akan berdepan masalah untuk meluluskan rang undang-undang belanjawan.

"Oleh kerana kebanyakan orang tidak menyedarinya, rang undang-undang belanjawan biasanya dibaca tiga kali. Jadi, sementara itu, mana-mana ahlu parlimen yang boleh mengadu (tentang belanjawan), dan mereka (PN) dapat memberinya belanjawan tambahan.

"Jadi saya tidak jangka dia akan menghadapi masalah dalam meluluskan belanjawan," katanya.

Bulan lalu, Anwar, yang merupakan presiden PKR, membuat pengumuman yang mendakwa bahawa dia mempunyai sokongan anggota parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan, sehingga menimbulkan spekulasi kuat bahawa ahli parlimen Port Dickson itu berjaya membuat anggota parlimen kerajaan termasuk dari Umno beralih sokongan kepadanya.

Spekulasi itu dikuatkan lagi apabila Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, pada hari yang sama dengan pengumuman Anwar, mengatakan bahawa banyak ahli parlimen BN dan Umno telah menyuarakan sokongan mereka terhadap Anwar.

Bagaimanapun, sejumlah ahli parlimen Umno secara terang-terangan menafikan terlibat dalam rancangan Anwar.

Anwar mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong pada 12 Oktober, di mana dia sepatutnya menyampaikan jumlah sokongannya kepada Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, tetapi istana dalam satu kenyataan kemudian mengatakan bahawa ketua pembangkang tidak menyerahkan senarai nama kepada baginda.

Dilaporkan bahawa mesyuarat MT Umno petang Isnin lalu telah membincangkan idea untuk menyokong Anwar, tetapi kemudian memutuskan untuk kekal menyokong Muhyiddin dan PN serta menolak bekerjasama dengan PKR dan DAP.

MR :   Peluang Anwar tapi adakah rakyat boleh terima?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan