Header Ads

ads header

Flash News

AGC putuskan tiada tindakan lanjut kes Khairuddin


Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak mengambil tindakan lanjujt ke atas Menteri Perladangan Perusahaan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali berhubung keingkarannya mematuhi perintan kuarantin kendiri wajib Covid-19.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata selepas kertas siasatan dirujuk kepada AGC, polis menerima arahan agar tiada tindakan lajut diambil.

"Kertas siasatan telah rujuk ke pejabat peguam negara dan arahan untuk kes ini (ialah) no further action...NFA, atas alasan menteri tak diserahkan dengan borang 14b di bawah seksyen 15 (1) akta 342 bagi tujuan menjalani perintah kuarantin.

"Berdasarkan keterangan tersebut, maka AGC memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang pertuduhan memandangkan tiada keterangan kukuh bagi mengasaskan pertuduhan," katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Pada 7 Okt lalu, pihak polis sudah menyerahkan semula kertas siasatan membabitkan Khairuddin ke AGC.

Untuk rekod Khairuddin pernah dikenakan denda maksimum RM1,000 kerana mengingkari peraturan kuarantin kendiri selepas pulang dari Turki.



Dia kemudian tampil memohon maaf dan berikrar untuk menyumbang gajinya bermula Mac kepada tabung Covid-19.

MR :  Selepas ni ada macai PH rasa lebih hebat daripada AGC mengulas, sebab perangai PH akan mengulang-ulang sesuatu supaya nampak besar dan kesalahan berat.  Shapie yang degil buat PRN menyebabkan Sabah bermasalah tak apa kerana mereka PH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Nak tanya lah,,,mb sel baru ni kena ambil apa2 tindakan atau tidak,,ke dia mb kebal drpd undang2

    BalasPadam