Header Ads

Header ADS

Kenapa Saya Minta kerajaan dakwa Khairuddin jelas Najib


Sudah tentu Uncle Kit Siang dan gengnya akan memainkan berita Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak mengambil tindakan ke atas Menteri PAS Khairuddin dan mengklasifikasikan kes dia sebagai No Further Action (NFA).

Sebab itu, saya telah nasihatkan kerajaan PN untuk terus mendakwa Khairuddin atas kecuaian dia tidak menjalani kuarantin wajib setelah pulang dari luar negara.

Kerana saya tak larat lagi tengok Uncle Lim membuat puluhan posting untuk isu yang sama dan tidak mahu isu ini terus dijadikan modal propaganda untuk menyerang PAS dan PN/BN.

Masa itu, saya jelaskan bahawa kemungkinan besar Khairuddin akan didapati tidak bersalah dari segi undang-undang jika kes dibicarakan dalam mahkamah.

Saya berpendapat demikian kerana saya percaya dia tidak diberikan arahan kuarantin dan tidak disuruh untuk memakai gelang pink oleh pihak KKM atau imigresen.

Khairuddin juga telah membayar denda kompaun RM1,000 untuk menyelesaikan kesalahan ini.
Dari segi undang-undang, Khairudin juga tidak boleh didakwa dua kali untuk kesalahan yang sama.

Sebab itu, saya percaya kes dia akan dibuang hakim jika kes dia naik ke mahkamah. Yang salah pula mungkin pegawai KKM yang tidak mengeluarkan arahan kuarantin bagi dia setelah pulang dari luar negara - melainkan Khairuddin sendiri enggan menerima arahan kuarantin dari pegawai KKM.

Dan jika didapati bersalah pun, hakim mungkin akan mengambil kira bahawa Khairuddin disahkan negatif Covid dan dia secara sukarela suka menderma berbulan-bulan gaji dia.

Kes Khairuddin tidak boleh disamakan dengan makcik di Perak yang dipenjarakan 1 hari dan didenda RM8,000 dan kes pencetus kluster Sivagangga amat besar iaitu pemilik restoran yang dipenjarakan 5 bulan.

Sebab wanita dan pemilik restoran (yang disahkan positif Covid) tersebut telah menerima arahan kuarantin dan memakai gelang pink - tak sama dengan Khairuddin yang negatif Covid dan tidak dikenakan arahan kuarantin atau disuruh pakai gelang pink.

Pada saya, Kharuddin telah melakukan kesilapan moral yang dia mengaku sudah insaf dan menderma gaji dia. Dari segi undang-undang, ianya amat susah untuk mendapati dia bersalah.

Tapi lebih elok lagi jika peguam negara mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menjelaskan tindakan dia untuk tidak meneruskan dakwaan terhadap Khairuddin - seperti cara Tommy Thomas mengeluarkan penjelasan panjang lebar kenapa dia tarik balik tuduhan LTTE atau tidak mendakwa Anwar dan Azmin ketika zaman gagalkrasi PH.
 

P.S. Sebelum puak PH Plus memperlekehkan keputusan NFA ke atas Khairuddin, saya nak mengingatkan mereka dua keputusan NFA dalam tempoh 22 bulan Gagalkrasi mereka juga.
Siasatan polis untuk skandal forex BNM RM33 bilion (bernilai RM100 bilion) yang dimulakan atas syor keputusan Siasatan diRaja dihentikan, laporan polis ditarik balik dan kes diklasifikasikan sebagai NFA.

Akibatnya, tiada seorang pernah diambil tindakan atau didapati bersalah walaupun dana negara yang bernilai hampir RM100 bilion lesap begitu sahaja tanpa satu habuk aset atau satu sen pernah didapati semula.

Kertas siasatan SPRM ke atas Shafie Apdal untuk kes skandal Air Sabah RM1.5 bilion juga telah ditolak peguam negara PH Tommy dan kes diklasififasikan sebagai NFA dengan alasan bukti tak cukup (bukan tidak ada bukti).

Akibatnya, kes-kes mahkamah di mana SPRM telah berjaya merampas ratusan juta ringgit wang tunai dan aset dari pegawai Air Sabah pada tahun 2017 terus diam sehingga kini.
Ingat. Jangan tak ingat, ya?

NAJIB RAZAK

MR : Lim kit siang perlu ingat..kes khairuddin Dan kes anaknya LGE Tak sama.
Kes khairuddin disiasat oleh polis Dan didapati Tak perlu diteruskan..manakala kes LGE ditamatkan Sampai SPRM Dan PM Masa tu terkejut...
  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. balasan pada P akatan H ancing P unah H arapan bila kes apek gua eng dan pengganas LTTE terus dGUGURKAN Tommy Thar moss .waktu itu mereka sorak gembira termasuk khadam mereka panKHIANAT dn P arti K hianat R eformasi..kerana gagal didakwa di court.

    BalasPadam
  2. sudahlah datuk najib, tumpukan untuk membantu kerajaan untuk membaiki ekonomi dan mengcekang covid adalah lebih baik dari mehuru-harakan keadaan malaysia yang dirasai sekian besar rakyat, jangan terikut2 perangai puak desparado(ph) yang tak berhati perut, hidup mereka hanya merebut kuasa

    BalasPadam
  3. Parti PAS satu-satunya parti politik berasaskan agama di Malaysia , adalah parti DAYUS PENGECUT TAK BERANI LAKSANA HUDUD POTONG TANGAN DATUK NAJIB RAZAK yang DAH TERBUKTI BERSALAH SELEWENG RM 42 JUTA DUIT NEGARA & DUIT RAKYAT dalam SRC International yang sebenarnya adalah dana dari KWAP (duit persaraan rakyat yang kerja sebagai staf kerajaan)....

    BalasPadam
  4. Jgn tgkap khairudin. Kang sapa nk jual minyak sawit, getah sm buluh?
    Aku ada byk stok buluh. Nk export mna?

    BalasPadam
  5. Bagi lah pada Tresa Kok. Cadangan tresa kok tanam buluh ganti sawit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hang tak letih ka wei..?
      semak la tgk hang komen

      Padam
  6. alamak bossku....

    sekarang hang tak pemes dah...sejak Mahathir dah tak jadi PM.
    Netizen gunakan hang ja untuk sakitkan hati madet.
    Takda harapan dah hang nak p ke takuk lama.
    (penyokong hang ja rasa boleh... itupun berapa kerat la sgt)

    so, pendapat hang takda makna sangat kecuali untuk bersihkan nama hang.
    bab lain tak payah kalut la...

    kalau nak bebai... p bebai kat bini hang nuu...
    dia la punca hang tergolek laguni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pak jo, Atok yg lagi kuat karut marut, dah nyanyok pun, kau boleh pulak pilih dia jadi pm lagi. Makin tambah huru hara jadinya.

      Padam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.