SPRM SahKan Tiada Kesalahan Berkaitan Pembelian Kenderaan Mewah Oleh SADA
ALOR SETAR, 20 Okt: Tiada apa-apa kesalahan dikesan berkaitan isu pembelian sebuah kenderaan mewah oleh Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd, SADA, setakat ini.
Perkara itu disahkan oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM Kedah, Datuk Shaharon Nizam Abd Manap.
Datuk Shaharon Nizam berkata, beberapa pegawai SPRM Kedah telah pergi ke pejabat SADA di sini, hari ini.
“Bagaimanapun,
ia bukanlah serbuan tetapi hanya inisiatif awal diambil pihaknya untuk
melakukan siasatan selepas isu berkenaan tular di media.
Setakat
ini, belum ada apa-apa isu dibawah akta yang berkaitan dengan bidang
kuasa SPRM dikesan dalam kes berkenaan…” Katanya ketika dihubungi RTM
hari ini.
Bagaimanapun, pihaknya telah mengambil beberapa dokumen berkaitan pembelian kenderaan tersebut untuk siasatan lanjut.
Pada masa sama, beliau meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan isu berkenaan.
Sebelum ini, tular di media sosial berkaitan pembelian sebuah kenderaan mewah oleh SADA.
Ia dipercayai untuk digunakan oleh tetamu kenamaan.
MR : Ini permainan fitnah pemimpin PH
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan