Header Ads

Header ADS

Agong akan bincang cadangan PM dengan Raja-raja Melayu


Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah akan berbincang dengan Raja-raja Melayu berhubung cadangan yang disampaikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam.

Perkara itu dinyatakan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Fadil, Sultan Abdullah amat memahami keperluan kelangsungan pentadbiran dalam berdepan wabak Covid-19, serta kegelisahan rakyat ekoran perkembangan semasa.

"Oleh hal yang demikian dan susulan daripada sesi menghadap semalam, Al-Sultan Abdullah telah berkenan untuk mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat bagi membincangkan dan memperhalusi cadangan yang dikemukakan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menasihati seluruh rakyat supaya bertenang, tidak panik dan bersabar dalam menghadapi situasi terkini ini sementara menunggu keputusan mengenai cadangan-cadangan tersebut," menurut kenyataan itu.

Menurutnya, rakyat turut dinasihati agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan serta menggugat ketenteraman negara.

Semalam, Muhyiddin mengadap Sultan Abdullah di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang dipercayai berkenaan pengisytiharan "darurat".

Ia selepas Kabinet dalam mesyuarat khas yang dipengerusikannya dilaporkan setuju dengan pelaksanaan "darurat" atas dasar menangani penularan Covid-19.

Langkah itu diambil susulan ketidaktentuan berterusan dalam negara dan ketika Muhyiddin berdepan desakan daripada luar dan dalam.

Kenyataan Istana Negara itu bagaimanapun tidak menjelaskan apakah cadangan yang dibawa Muhyiddin.

Dalam pada itu, Ahmad Fadil mengesahkan bahawa Muhyiddin memohon untuk mengadap Sultan Abdullah dan menurutnya ia berlangsung selama satu setengah jam.

"Dalam sesi selama lebih kurang satu setengah jam ini, Al-Sultan Abdullah telah berkenan menerima sembah taklimat cadangan-cadangan yang telah dicapai oleh mesyuarat khas Jemaah Menteri tersebut untuk pertimbangan dan ampun perkenan Seri Paduka Baginda untuk pelaksanaannya," katanya.

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Itu yang terbaik, input dari mufti2 juga perlu diambilkira!

    BalasPadam
  2. Jangan lah gila kuasa sangat,jgn lah tamak sangat..fikirkan lah nasib rakyat.. semua sibuk nak berpolitik tapi tak fikir kesusahan rakyat,nyawa rakyat.. sebab nak puaskan hati ahli politik nyawa rakyat jadi taruhan.. ahli politik senang lah ckp..sbb bila sakit duduk wad Vvip,layanan firs clas..tp kami ni rakyat..? Patutnya masa2 mcm ni lah kamu patut berlumba2 bantu rakyat,bg sumbangan..tunjukkan yg kamu btl² wakil rakyat yg berjiwa rakyat..bukan wakil rakyat yg nk bunuh rakyat sbb tamakkan kuasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah tintakan paling win untk rakyat malaysia

      Padam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.