Header Ads

Header ADS

Agong dijangka buat verifikasi dakwaan Anwar


SHAH ALAM -
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka membuat beberapa pengesahan terlebih dahulu selepas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap pada Selasa ini setelah mendakwa mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baharu di Malaysia.

Pakar Undang-undang dan Perlembagaan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, ia adalah tindakan yang biasa dilakukan bagi memastikan sesuatu dakwaan itu betul atau tidak.

Beliau berkata, dari aspek perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan kuasanya untuk menentukan sama ada wujud atau tidak majoriti yang diakui oleh Anwar.

“Proses verifikasi tersebut bukan mudah dan ia amat penting untuk Seri Paduka Baginda melihat bukti sokongan majoriti kepada Anwar seperti kenyataan bersumpah (SD).

“Seri Paduka perlu berpuas hati bahawa wujud majoriti yang akibatnya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan hilang majoriti yang sama dengan kesan undi tidak percaya di Dewan Rakyat,” katanya ketika dihubungi Sinar Ahad semalam.

Tegas Nik Ahmad Kamal, selepas itu terpulang kepada Al-Sultan Abdullah untuk membuat verifikasi lain seperti memanggil setiap ahli Dewan Rakyat menghadap ke Istana Negara.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim

“Kaedah tersebut pernah dilakukan di Perak dulu ketika Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin melawan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berhubung isu jawatan Menteri Besar negeri itu,” katanya.

Terdahulu, Anwar mengesahkan beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa ini bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang menyokongnya yang didakwa kukuh dan meyakinkan.

Dalam pada itu, Nik Ahmad Kamal berkata, Yang di-Pertuan Agong juga seharusnya memanggil Muhyiddin (yang ketika ini sedang menjalani kuarantin Covid-19) bagi memberi peluang untuk Perdana Menteri kelapan itu menyatakan buktinya pula.

Menurutnya, di bawah Perlembagaan Persekutuan, Muhyiddin juga berhak untuk memohon kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen sekiranya beliau benar-benar hilang sokongan majoriti.

“Seri Paduka mempunyai budi bicara sama ada mahu bubar Parlimen atau melantik Perdana Menteri yang baharu,” katanya.

Selain itu, beliau berpendapat sekiranya sidang Parlimen bersidang dalam masa terdekat, usul undi tidak percaya boleh dibentang untuk merungkai perkara tersebut, cuma giliran usul persendirian selalunya yang terakhir dibuat setelah semua urusan kerajaan diselesaikan.

Namun, apa yang penting, katanya, usul tersebut perlu diberi notis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat sebelum Parlimen bersidang nanti.

 Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood

Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood

#Sumber :   SH 

MR :  Agong bijak dan ada penasihat yang baik  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. YDPA kita bijak.. masa PN tebuk atap pun YDPA cuma perlukan 1-2 hari je nak buat verifikasi dan mengumumkan PM baru.. kalau kali ni lambat mesti ada sesuatu yg tak kene dipihak majlis raja2... Anwar Ibrahim pun nampaknya dah bersedia dgn segala kemungkinan.. kalau YDPA umum dia jadi PM dia okay je.. kalau pilihanraya pun dia tak kisah sgt.. yg penting kalau buat PRU15 ramai pengkhianat yg akan terkorban.. geng kartel akan mengemis mintak kerusi.. Amanah akan juga bergegar.. DAP lagilah risau pasal byk jugak kerusi dia menang kawasan bercampur sebelum ni.. Pejuang confirm rebah... PAS akan kekal stabil.. UMNO akan mendominasi PRU15.. dijangka lepas PRU15 nanti PKR akan bekerjasama dgn UMNO,Warisan dan GPS dan Amanah.. ini akan menolak Bersatu,Pejuang, DAP, PAS keluar dari gabungan.. dan dijangka juga PAS akan mengambil pendekatan utk bekerjasama kembali dgn DAP, geng kartel dan Bersatu bagi merancang tebuk atap versi 2.0.. haha.. jangkaan je ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangkaan yg MENGARUT tentang PAS..kita ada majlis syura ulamak yg berpandukan al Quran dan hadis..bukan semberono janji dpt jawatan..sbb meyakini setiap urusan akan DIHISAB dipdg mahsyar dihadapan Allah taala kelak..

      Padam
    2. 11:13, Bila kepala otak masuk air, aku nasihatkan jangan Komen. Kalau Komen juga macam ni la jadinya, nampaklah bodoh tu bertingkat2.

      Padam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.