Header Ads

Header ADS

Anwar Berbohong Dengan Media? Agong sahkan Anwar tidak senarai nama MP yang sokongnya


Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengesahkan bahawa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam majlis menghadap pagi tadi telah mengemukakan jumlah ahli-ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada dirinya.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin, presiden PKR itu tidak mengemukakan senarai nama mereka dalam pertemuan tersebut.

“Dalam sesi yang berlangsung selama lebih kurang 25 minit ini, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah mengemukakan jumlah Ahli-ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau.

“Walau bagaimanapun, beliau tidak mengemukakan senarai nama ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut.

"Sehubungan dengan itu, Al-Sultan Abdullah telah menasihati Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Ahmad Fadil.

Anwar pada sidang media sebentar tadi, berkata dia telah mempersembahkan dokumen sahih membuktikan sokongan lebih 120 ahli parlimen buatnya kepada Seri Paduka dalam pertemuan pagi tadi.

Namun, katanya memandangkan Yang di-Pertuan Agong akan memanggil ketua-ketua parti-parti politik, maka “munasabah untuk kita bersabar, memberi ruang dan wewenang untuk baginda memutuskan.”

Menurutnya, tidak wajar ditetapkan masa untuk Seri Paduka membuat keputusan.

Sesi menghadap hari ini sepatutnya dijadualkan pada 22 September lalu tetapi ditangguhkan susulan kegeringan Al-Sultan yang terpaksana menjalani rawatan di Institut Jantung Negara.

Ahmad Fadil juga memaklumkan Seri Paduka turut menyentuh mengenai perkembangan semasa penularan wabak Covid-19 di seluruh negara, khususnya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berkuatkuasa esok.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan kegusaran dan menasihati seluruh rakyat supaya bertenang serta berdisiplin menjaga kesihatan diri masing-masing dengan mematuhi ketetapan tatacara kebiasaan baharu dan prosedur operasi standard (SOP).

“Walaupun perkembangan terkini agak membimbangkan berikutan kenaikan yang berterusan tiga digit kes positif harian Covid-19 serta kewujudan beberapa kluster baharu sejak 1 Oktober lalu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan keyakinan dan mengajak seluruh rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik bersatu padu dan bersatu hati memerangi penularan Covid-19 demi keselamatan bersama serta kesejahteraan negara.

Kata Ahmad Fadil, lanjutan kepada pelaksanaan PKPB dan atas titah perkenan Al-Sultan Abdullah, Istana Negara telah melaksanakan sekatan pergerakan separa (semi-lockdown) yang telah berkuatkuasa sehingga tarikh yang akan diumumkan kelak.

Menurutnya, Seri Paduka amat prihatin dan menitikberatkan penjagaan dan tahap kesihatan diri para pegawai serta kakitangan Istana Negara dan pelaksanaan ini adalah untuk menjaminkan keselamatan dan kesejahteraan warga Istana Negara.

“Al-Sultan Abdullah turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama Seri Paduka Baginda berdoa semoga Malaysia terus dilindungi dan dirahmati dan ancaman penularan Covid-19 dapat dibendung dengan berkesan dan diakhiri dengan segera,” katanya.

MR :  Anwar mengambil peluang Pertemuan laporan bulanan ketua pembangkang dengan agong sebagai peluang politik 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Patut kena tangkap kerana sebar berita palsu.

    BalasPadam
  2. Anwar ibrahim kalau tdk berbohong bknlah anwar ibrahim... Partinya pun PKR... Pakar kelentong Rakyat, jd tfk pelik kalau anwar kaki kelentong menipu, membelit, berbohong mmg sudah permainan lidahnya, inilah bahasa manusia yg pendosa.. Melakukan dosa adalah kegemaranya.
    Yg pelik masih ramai lagi percaya apa sj yg keluar dari mulut dia.. Lihat DYAgong sendiri yg beri tahu anwar tdk menunjukan nama mrk yg memyokong, sekadar berckp dia ramai sokongan.. Tp bukti xada.. Dgn pemberita dia bgtau dh beri pd agong 120 nama.. Skrg siapa yg bohong? Agong atau anwar ibrahim?

    BalasPadam
  3. KETUA MUNAFIK NEGARA ini terus menyerlahkan keMUNAFIKANnya....azab MUNAFIK ADALAH NERAKA paling bawah sekali

    BalasPadam
  4. Mane kau tau Anwar berbohong.. YDPA pun ade kebarangkalian utk berbohong.. mereka adalah insan.. bukan malaikat.. tulah susahnye bila dah taasub.. ape2 yg keluar dari Anwar semuanya salah.. dari PN semuanya suci macam Al-Quran.. makna munafik pun baru paham stgh masak nak komen macam kamus tu dia yg buat.. takkan Anwar bodoh sgt nak jumpa YDPA semata2 nak berbohong.. pikirlah dgn kebenaran.. bukan pakai ketaasuban.. lagi satu yg menuduh munafik tu kalau tuduhan kau tak betul maka tempat ko kat neraka paling bawah tu jugak.. aku dapat bayangkan muka toya kau tu melutut kat Anwar kat padang masyhar mintak dimaafkan kesalahan.. jgn bermain dgn tuduhan.. ayat Al-Quran jelas melarang keras.. menuduh beerti menjadi saksi.. kene tunjuk bukti dan bukan andaian atau kesimpulan.. tu pun kalau melayu2 jenis ni paham ayat2 Al-Quran..

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.