Header Ads

ads header

Flash News

Ku Li selesai menghadap Agong


KUALA LUMPUR:
Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah meninggalkan Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah petang ini.

Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li meninggalkan istana pada 2.42 petang.

Dipercayai, ketika menghadap Sultan Abdullah, beliau dijangka sama ada menyuarakan sokongannya kepada Anwar Ibrahim atau menolak ketua pembangkang itu yang berhasrat menjadi perdana menteri baru.

Terdahulu, Anwar yang mendakwa mempunyai “sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan” ahli Parlimen pelbagai parti untuk menubuhkan kerajaan baru, menghadap Agong selama sejam pagi tadi.

Anwar dalam sidang media petang ini dilaporkan berkata, Sultan Abdullah akan menemui beberapa pemimpin parti politik dalam beberapa hari ini selepas beliau menyerahkan dokumen untuk membuktikan sokongan ahli Parlimen kepada Agong.

Presiden PKR itu berkata, beliau mendapat sokongan lebih 120 ahli Parlimen dan dokumen sahih yang diserahkannya kepada Agong hari ini terdiri daripada akuan bersumpah dan pengesahan ketua parti.

Sumber : FMT    

    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: