Header Ads

Header ADS

Anwar perlu buktikan secara jelas peralihan sokongan di Parlimen

KUALA LUMPUR: Proses pelantikan perdana menteri dan seterusnya pembentukan kerajaan perlu dibuktikan dengan jelas terutama mengenai peralihan sokongan ahli Parlimen di Dewan Rakyat, demikian menurut pandangan pakar perlembagaan.

Mereka berkata, walaupun dalam perundangan tidak menyatakan secara terperinci mengenai kaedah dalam menentukan kedudukan perdana menteri yang hilang majoriti atau pihak mendakwa mendapat sokongan majoriti, peralihan sokongan itu secara kebiasaannya dibuktikan melalui akuan bersumpah (SD) ahli Dewan Rakyat.

Justeru, mereka menyifatkan nasihat Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah supaya Presiden PKR Anwar Ibrahim akur dan menghormati proses perundangan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, menunjukkan proses tersebut belum dipenuhi.

Pakar perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Muhammad Fathi Yusof berkata, kenyataan Istana Negara bahawa Anwar tidak mengemukakan senarai ahli Parlimen yang menyokongnya setakat ini memberi gambaran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak hilang majoriti.

“Proses membentuk kerajaan atau melantik perdana menteri perlu melalui proses jelas. Pertama kena beri gambaran jelas bahawa perdana menteri tidak mendapat sokongan ahli Dewan Rakyat. Kedua, pihak mendakwa mendapat sokongan kena tunjukkan sokongan yang jelas seperti ada senarai nama jelas mengenai peralihan sokongan yang nyata (dalam Parlimen). Teguran dari Istana menunjukkan perkara itu tidak berlaku. Seolah-olah apa berlaku ini acah-acah politik.

“Dalam perundangan memang tidak dinyatakan secara jelas mengenai cara atau kaedah secara terperinci mengenai perdana menteri yang hilang sokongan atau pihak mendapat sokongan. Tapi melalui amalan kebiasaan, perkara ini boleh dinyatakan dengan jelas dengan mengemukakan SD ahli Parlimen atau senarai nama,” katanya ketika dihubungi Bernama mengenai kemelut politik melanda negara susulan tindakan Anwar yang juga ketua pembangkang menghadap Sultan Abdullah untuk membentuk kerajaan selepas mendakwa mendapat sokongan majoriti lebih 120 ahli Parlimen.


Anwar, bagaimanapun, hanya mengemukakan jumlah ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan terhadapnya untuk membentuk kerajaan ketika sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Namun, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadil Shamsuddin, dalam kenyataan Istana Negara, berkata Anwar tidak mengemukakan senarai nama ahli Dewan Rakyat yang menyokongnya untuk mengukuhkan dakwaan berkenaan.

Sehubungan itu, Sultan Abdullah menasihati Anwar untuk akur dan menghormati proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pakar perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Madya Shamrahayu Abd Aziz berkata teguran Istana Negara menunjukkan ketua pembangkang itu tidak mengikut proses undang-undang yang sepatutnya.

“Mengikut Perkara 43 Fasal 2 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan.

“(Bagaimanapun) belum ikut proses sebab tidak membuktikan yang perdana menteri sudah hilang kepercayaan (majoriti dalam Parlimen). (Anwar) perlu buktikan yang perdana menteri tiada majoriti dan beliau mendapat sokongan majoriti dengan jelas,” katanya.

Shamrahayu berkata jika mengikut Perkara 43 Fasal 4, seorang perdana menteri yang hilang majoriti boleh berjumpa Agong dan meletak jawatan, atau Agong membubarkan Dewan dengan nasihat perdana menteri.

Terdahulu, Anwar pada sidang media khas beberapa jam selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong memaklumkan telah mempersembahkan dokumen “sahih” sokongan lebih 120 ahli Parlimen terhadapnya kepada Sultan Abdullah.

#Sumber :  FMT    

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. 😁😁😁 Seperti biasa Anwar guna karisma dia untuk 'pengaruhi fikiran rakyat' terlebih dahulu , supaya rakyat Malaysia sehingga yang "dok dalam gua" pun FAHAM HASRAT BELIAU 🤭
    Agar RakyatMarhaen RakyatMalaysia berspekulasi dan kuncu2nya main persepsi supaya minda rakyat di suap cukup2 dgn fakta dan info KEHEBATAN KEBIJAKSANAAN ANWAR IBRAHIM 😬
    Konsep yg sama mereka guna utk jatuhkan kerajaan BN dahulu...cipta persepsi buat spekulasi pasai 1MDB dan carik2 ketokohan kewibawaan DS Najib dgn isu RASUAH ROMPAK DUIT RAKYAT MENCURI dsbnya hingga MAJORITI RAKYAT PERCAYA terutama kaum Cina dan India sebahagian Org Melayu hingga kini masih percaya bulat2 setiap BERITA Puak Munafikun sampaikan (dah kena brainwashed 'BERSIH' sekian lama)
    KAEDAH CAKAP DAN TUDUH DAHULU BUKTI DATANG KEMUDIAN 🤭 bukti menyusul atau tidak, apa yg penting kerjasama antara pemimpin dan doyok2 nya main persepsi pengaruhi MINDA RAKYAT MALAYSIA.

    BalasPadam
  2. Parti lebai PAS juga yang paling rileks dan paling versatil sebab ketua lebai tidak isim jawatan PM,lebai zero kes rasuah,tiada sang kekatak dalam kalangan adun atau mp lebai.Jadi lebai paling layak dipilih oleh rakyat Malaysia jika tidak ingin PM isim,bebas rasuah dan kekatak politik...ini adalah fakta dan bukan kencing!

    BalasPadam
  3. Tahukah anda bahawa orang kafirlah orang yang paling mudah percaya kpd Fake News.

    1.Orang kafir di Malaysia mudah percaya bahawa Islam itu Taliban. Kononnya Talibanlah yang meletupkan World Trade Centre. Padahal yang letupkan World Trade Centre tu takde seorang pun yang ada kaitan dengan Taliban. Muhammad Atta yang dikatakan terlibat itu bukan orang Afghanistan mahupun ada kaitan dengan Al Qaeda.

    2. Orang kafir di Malaysia mudah percaya fitnah 90 juta terhadap PAS. Anwar Ibrahim buat photocopy check dan lambai-lambaikan waktu ceramah, terus orang kafir percaya.

    3. Bila kita sebut aje tentang hukum syariah, orang kafir terus panggil kita Taliban, padahal hukum syariah ini diamalkan berkurun lamanya, 1400 tahun yang lalu, dan ianya diamalkan di negara seperti Brunei, Indonesia, Saudi Arabia dan kini mahu dikembalikan dan diperkasakan di Turki.


    Jadi siapa yang bodoh dan malas membaca?
    Siapa yang suka sangat puji orang kafir di Malaysia kononnya mereka golongan yang berjaya dan kerja kuat?

    Kita orang Islam inilah satu-satunya umat yang Allah suruh "selidik sebelum percaya" . Jelas dalam Al Quran Allah menyeru umat Islam supaya jika ada seseorang membawa sesuatu khabar atau berita, supaya menyelidik dahulu tatkala kita akan menyesal atas keputusan kita nanti.

    Sudahlah. Berhentilah perbuatan memuji orang bukan Islam di Malaysia. Mereka ni Allah sifatkan sebagai "Seburuk-buruk kejadian". - Syarrul bai'ah. Sedangkan umat Islam yang beriman, Allah sifatkan kita 'Khairul Bariah' sebaik-baik kejadian.

    Berhentilah sokong orang-orang Fasik seperti Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim. Berhentilah.

    Orang Islam perlu sokong orang Islam. Period.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tentang fitnah 90 juta....

      Saya kata kat orang kafir dalam Medsos :

      "You always claim that you are smarter than the Malays, but in fact you are worse than the Malays. If not, why is it that when Anwar Ibrahim just make a speech on the RM 90 million while waving a photocopy of a check, you immediately believe him? He is waving the check and you fell under his spell. That is really stupid. If he tells you to eat shit, you surely will eat shit. "

      Padam
  4. Kisah Politik Di Planet Marikh

    Dahulu aku terpukau mendengar ucapan atuk liberal mata satu tetapi sekarang baru aku sedar semuanya adalah air kencing yang sangat hancing sahaja.

    Atuk liberal mata satu pernah berceramah konon memperjuangkan Islam dengan mengutuk parti Melayu kaw kaw dengan melabelkan parti Melayu bersikap anti-Islam dll tetapi akhirnya dia pula menjadi penjilat parti Melayu tersebut kerana dia tergila-gilakan jawatan mantri.

    Selepas itu dia pula ditendang keluar dari parti Melayu kerana melawan towkay. Allah tidak akan memberi keuntungan kepada kepala bapak munafik yang suka menunggang agama.

    Demi mengejar agenda peribadinya (bukan agenda rakyat), dia menubuhkan Parti Kencing Rakyat yang disokong kuasa asing yang pro-zionis dengan memperalatkan orang Melayu yang naif untuk melakukan demonstrasi menentang kerajaan. Akhirnya rakyat menjadi mangsa kerana kerakusan atuk liberal untuk menjadi pemimpin negara.

    Tanpa merasa malu atau segan, dia berani menghina ajaran Islam dan menyokong Israel secara terbuka dalam forum di luar negara maka kita tahu dia adalah seorang pengkhianat yang sangat berbahaya.

    Maka kita tidak terkejut melihat sebilangan pemimpin lama yang setia pada atuk liberal ini telah meninggalkan dia kerana mereka menyedari dia telah kencing mereka sehingga hancing.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.