Header Ads

ads header

Flash News

Anwar PM baru?


PADA
 23 September lalu iaitu beberapa hari sebelum hari mengundi Pilihan Raya Negeri Sabah 26 September baru-baru ini, Presiden PKR Anwar Ibrahim telah mengejutkan dunia apabila mengisytiharkan dalam satu sidang akhbar yang beliau telah punya sokongan lebih dua pertiga Ahli Parlimen dan dengan itu akan membentuk kerajaan baru menggantikan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Anwar sokongan yang dianggap kukuh dan meyakinkan itu akan dipersembahkan beliau kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan Tuanku. Ini bermakna beliau akan naik sebagai Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin.

Ramai yang tersentak dengan pengisytiharan terdesak itu malah Bursa Saham Malaysia terus memberi reaksi negatif apabila indeks jatuh sejurus mendengar kenyataan Anwar itu. Soalnya apakah benar Anwar memiliki angka sebagaimana dinyatakan itu?

Ketika itu ramai beranggapan pengisytiharan berkenaan sengaja dilakukan untuk mempengaruhi Pilihan Raya Negeri Sabah. Mengikut maklumat WARISAN Plus di bawah pimpinan Ketua Menteri ketika itu, Shafiee Apdal sedang mendahului Gabungan Rakyat Sabah atau GRS dan pengumuman Anwar itu dijangka mendorong para pengundi Sabah untuk memberikan ‘pukulan maut’ pada calon-calon GRS dari Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan PBS.

Namun Pilihan Raya Negeri berjalan dengan lancar pada 26 hari bulan berkenaan dan malangnya WARISAN Plus pula kecundang malah PKR sendiri tewas di 5 dari 7 kerusi yang ditandinginya, itupun hanya menang melalui calon-calon bukan-Muslim nya.

Jika benar pengumuman Anwar itu bermaksud mempengaruhi keputusan PRN berkenaan ternyata ia telah lari jauh dari sasaran, yang menerima ‘pukulan maut’ bukannya GRS tetapi WARISAN Plus sendiri.

Bukan sahaja Anwar tidak naik-naik sebagai PM, Shafiee sendiri hilang kerusi Ketua Menterinya. Kini sudah hampir dua minggu berlalu, Anwar masih belum diangkat sebagai PM, manakala Muhyiddin dan rakan-rakan dalam GRS sedang gembira meraikan kemenangan mereka di Sabah dengan Datuk Seri Hajiji Mohd Noor diangkat sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru menggantikan Shafiee.

Ramai mula mempertikaikan kredibiliti dan kewarasan Anwar dalam membuat pengumuman 23 September itu. Seorang demi seorang pemimpin dan Ahli Parlimen yang dikaitkan dengan langkah sumbang Anwar itu masing-masing menafikan mereka bersama Anwar malah menyerang Anwar kerana membabitkan mereka dalam langkah ‘Mat Jenin’-nya.

Seorang rakan wartawan kanan menyatakan bahawa Anwar sesungguhnya berbohong, dan mungkin telah terpedaya oleh sesetengah pihak yang berkemungkinan telah meyakinkan beliau bahawa mereka memperolehi sokongan dari pihak-pihak tertentu. Apabila pihak yang berkenaan tidak muncul-muncul, tercalar dan hodohlah maruah Anwar.

Kita sangkakan semuanya telah berlalu dan mandat yang diperolehi oleh GRS di Sabah sebenarnya adalah isyarat penerimaan rakyat terhadap Kerajaan Pusat pimpinan Muhyiddin. Tiada berita palsu atau perakuan tidak masuk akal yang mampu menjejaskan imej dan kedudukan teguh Muhyiddin sebagai PM dan arkitek kemenangan PRN Sabah.

Namun rupanya pihak Anwar masih belum berpuas hati. Entah atas rasional dan perkiraan apa, konco-konconya masih memainkan isu peralihan kuasa ini tanpa sedikit pun berasa bersalah. Terbaru sebuah portal berita memaparkan senarai 121 Ahli-ahli Parlimen yang kononnya akan menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

Walaupun senarai ini terdedah ke pengetahuan umum tetapi rata-rata rakyat jelata sudah tidak lagi tergiur apatah lagi menaruh keyakinan atau kepercayaan pada Anwar. Ternyata Anwar benar-benar bagaikan ‘Mat Jenin’ dan tidak mampu lagi mencuri pengaruh sebagaimana dahulu.

Bayangkan antara pimpinan yang namanya disebut dalam senarai 121 itu adalah Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Shahidan Kasim dan Tajuddin Abd Rahman. Munasabahkah mereka ini tersenarai mahu dan tergiur bersubahat dengan Anwar dan DAP untuk menjatuhkan kerajaan?

Sedangkan umum mengenali ketiga-tiga tokoh ini sebagai antara mereka yang paling vokal menyerang dan menolak Anwar dan DAP. Juga tersenarai adalah Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi dan bekas Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak. Termasuk juga Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Dato Seri Azalina Othman Said.

Dari manakah Anwar memperolehi sokongan mereka ini? Benarkah mereka sokong atau Anwar tertipu oleh pihak-pihak tertentu dan akibatnya membabitkan nama-nama mereka sedangkan mereka tidak tahu menahu.

Kini setelah lebih dua minggu berlalu Anwar semakin terhimpit, rakyat mula hilang kepercayaan terhadap beliau dan malah difahamkan rakan-rakannya dari DAP dan PAN juga demikian. 

Tindakan sewajarnya perlu dikenakan terhadap Anwar kerana langkahnya yang amat tidak bertanggungjawab itu telah mencetuskan huru-hara ekonomi dan membangkitkan ketidak puasan hati dan kemarahan rakyat. Jangan izinkan beliau mengulangi langkah sumbang ini lagi.

Dalam situasi menangani ancaman pandemik COVID19 ini rakyat mengharapkan kerajaan lebih fokus dalam membangunkan negara dan memperjuangkan nasib mereka. Rakyat sudah bosan dengan politik yang mahu mencetuskan ketegangan dan porak peranda. 

Anwar cukup-cukuplah berpolitik seumpama ini dan sebaliknya beri tumpuan pada tugasnya selaku Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.

Setelah kecundang dalam 7 Pilihan Raya Kecil berturut-turut seluruh negara dan kini dalam Pilihan Raya Negeri Sabah pula, Pakatan Harapan mahupun WARISAN Plus sudah menerima pengajaran dari rakyat. 

Rakyat mahukan politik yang matang yang menjanjikan kesejahteraan buat mereka. Agenda politik peribadi dan perjuangan parti yang rasis, Cauvinis dan ekstrem sesungguhnya tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat.

Belajarlah menjadi pembangkang yang setia dan berperanan. Jangan gopoh dan gelabah kerana suka tidak suka, kini adalah giliran Muhyiddin dan kumpulannya.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR

#Sumber : Harakahdaily   

    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. "Rakyat mahukan politik yang matang yang menjanjikan kesejahteraan buat mereka. Agenda politik peribadi dan perjuangan parti yang rasis, Cauvinis dan ekstrem sesungguhnya tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat.

    Belajarlah menjadi pembangkang yang setia dan berperanan. Jangan gopoh dan gelabah kerana suka tidak suka, kini adalah giliran Muhyiddin dan kumpulannya."

    Suka pulak aku baca ayat ni.. sejak bila pulak PAS dah pandai sarankan politik matang sejahtera ni.. langkah Sheraton tu ape bende? Matang ke? Buat masa covid jugak kan? Ke ko dah lupa.. Ko buat semua betul orang lain buat semua salah.. matang apekemende ni.. dulu masa jafi pembangkang taknak pulak jadi pembangkang yg setia dan berperanan.. tau plak nak tukar kerajaan.. selagi kerajaan PN di bina atas dasar pintu belakang jgn harap politik akan stabil.. akan ade lagi pintu2 lain yg pihak lain akan masuk.. ko yg ajar mulakan lepas tu ko cakap apa yg ko ajar tu salah lepas kau ade kuasa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bodoh punya komen. Yang jatuh kerajaan sebab madey letak jawatan jadi jawtan pm kosong bukan sesiapa merebut jawatan pm.
      Bila agung tanya madey tak mau jadi pm malu2 kucing konon mahu agung dan rakyat merayu dia jadi pm..PODAH.

      Padam
    2. Tak cerdik punya Komen. Otak letak kt lutut ke? Bukan ke Masa TUn letak jawatan, kerajaan PH dah jatuh? Masa tu Tak Ada siapa pun rebut jawatan. Tapi jawatan PM mesti diisi. Anwar Tak Ada majoriti sebab tu agong tak pilih dia jadi PM. Kalau dia Ada majoriti tentulah dia yg jadi PM. Tetapi Allah Tak izinkan Dan mestilah bersebab kenapa Allah Tak izinkan.

      Padam
  2. Hoi RBA cukup-cukuplah kamu membodohkan diri kamu sendiri kerana upah seguni dedak cap roket dengan membuat pelbagai fitnah jahat terhadap kerajaan PN , MN dan PAS dll.

    Kerajaan PN yang wujud hari ini adalah kerajaan yang sah kerana dibentuk oleh majoriti MP yang mewakili mandat rakyat dan diperkenan oleh Agong.

    Jika puak RBA yakin kerajaan PN tidak sah, mengapa puak RBA tidak menyaman kerajaan PN ? Ini jelas menunjukkan puak RBA adalah pembohong yang suka menyebarkan fitnah.

    Yang sangat jelas ialah pelaburan asing dan ekonomi negara merundum dan bursa saham terus memberi reaksi negatif sebaik sahaja pemimpin-pemimpin Pee H terutamanya pemimpin Dajjal Action Party dan Parti Kencing Rakyat membuka mulut membuat kenyataan.

    Dalam tempoh 22 bulan, hutang kerajaan meningkat tinggi, aset kerajaan dan aset tabung Islam dijual sesuka hati Dan beribu kakitangan awam yang majoritinya kaum Melayu telah dibuang oleh pemimpin kafir harbi dengan kerjasama khadam munafik liberal mereka.

    Semua tindakan ini memberi kesan buruk kepada rakyat dan negara di waktu puak kafir harbi dan khadam munafik liberal mereka hidup mewah.

    Cukuplah 22 bulan rakyat dikencing Hancing dengan pelbagai janji palsu, fitnah, pembohongan dan U-turn.

    BalasPadam
  3. Anwar memang pukimak dari dulu lagi sebab islam dia tak tahu letak kat buntut kot,rakyat malaysia terutama orang melayu curiga dgn anwar kata malaysia bukan melayu punya,mcm nie ke nak pimpin agama nak jaga tanah air,allah pun mukar dgn anwar sebab tu tak jadi pm,sebab anwar nie liberal dia nak bawa budaya songsang masa ph dulu agama islam di hina dia tak bersuara langsung diam membisu.anwar dah murtad kot

    BalasPadam