Betul ke, Iskandar Samad sindir UMNO?
Dulu tak pula letak syarat, bidas Pas
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad sinis mengenai keputusan UMNO membuat pertimbangan untuk menarik diri dari menyokong Perikatan Nasional (PN).
Dalam entri Facebooknya hari ini, Iskandar seolah-olah menyindir tindakan sekutunya itu selepas Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato, PWTC, semalam.
“Masa nyawa-nyawa ikan dulu tak pulak letak syarat,” katanya yang dipercayai merujuk kepada UMNO.
Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, UMNO memutuskan untuk memberi syarat baharu bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.
Malah, UMNO akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Muafakat Nasional (MN) agar pendaftaran gabungan itu didaftar segera sebagai sebuah gabungan politik yang sah.
Mesyuarat semalam dipengerusikan, Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan dihadiri Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Menurut Ahmad, keputusan yang dicapai dalam mesyuarat pada malam ini turut dipersetujui sebulat suara oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO di setiap negeri-negeri tanpa ada sebarang bantahan.
Angin perubahan tampuk pemerintahan dijangka berlaku buat kali ketiga di Malaysia apabila Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan memiliki sokongan kukuh untuk membentuk kerajaan, dalam sidang medianya pada 23 September lalu.
Ia disusuli dengan pertemuan empat mata antara Anwar dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah semalam.
Dalam sidang media selepas pertemuan dengan Agong, Anwar mendakwa
beliau menerima sokongan lebih 120 Ahli Parlimen dan dokumen sahih yang
diserahkannya itu terdiri daripada akuan bersumpah dan pengesahan ketua
parti.
MR : Masa nak lemas apa saja dicapai... tapi bila dah boleh bernafas lega.. lain citer
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan