Header Ads

ads header

Flash News

Presiden PAS tidak dijadual mengadap Agong




Ketika pimpinan kanan beberapa parti politik dijadualkan mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, PAS pula tidak dijadualkan berbuat demikian dalam masa terdekat.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi hari ini.

"Tidak," katanya ringkas melalui pesanan aplikasi WhatsApp, pagi ini.

Anggota parlimen Kubang Kerian itu berkata demikian ketika ditanya sama ada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dijadualkan mengadap Al Sultan Abdullah di Istana Negara dalam masa terdekat.



Ia susulan perkembangan semasa politik selepas Presiden PKR Anwar Ibrahim menghadap Seri Paduka, semalam, bagi mempersembahkan jumlah ahli Dewan Rakyat yang didakwa menyokongnya sebagai perdana menteri.

Pada sidang media selepas itu, Anwar berkata dia mendapat sokongan lebih 120 anggota parlimen, namun enggan mengulas lanjut.

Istana Negara dalam kenyataan selepas itu mengesahkan Anwar telah mempersembahkan jumlah ahli parlimen yang didakwa menyokongnya kepada Yang di-Pertuan Agong, namun tidak menyenaraikan nama individu yang menyokongnya.

Terdahulu, beberapa pemimpin parti politik dijadualkan akan mengadap Seri Paduka, antaranya Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiusaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Ahmad Zahid dijadualkan mengadap baginda pada Khamis (esok), manakala Mohamad dan Guan Eng pula pada 21 Oktober.

Walau bagaimanapun, dalam kenyataan bersama dikeluarkan pagi ini, presiden Amanah dan setiausaha agung DAP itu memberitahu bahawa majlis mengadap mereka telah ditangguhkan.

MR : Agong tahu dah pendirian PAS   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Ini bermakna PAS mempunyai pendirian yang konsisten dan tidak goyah.

    Nampak sangat parti yang bermasalah ialah parti-parti selain PAS.

    Proses pembersihan Jebon dan Parasit yang berlaku 10 tahun yang lalu kini sudah menjadi nyata kebaikannya. Parasit dan Jebon ini sudah merebak ke PH dan PH lah yang terpaksa menanggung biawak-biawak hidup ini.




    BalasPadam
  2. PAS konsisten.Tidak gelabah.Islam ajar akhlak bukan ajar kemaruk kuasa.Yg tak lena tidur ialah yang kemaruk kuasa.Yang tenang ialah yang selalu mendekatkan diri dan rasa kehambaan kepada Allah pada waktu orang lain lena tidur dan asyik fikirkan kuasa.Selagi PAS istiqamah dengan sirah nabi S.A.W, selagi itulah PAS tenang.

    BalasPadam