Header Ads

ads header

Flash News

Boikot produk Perancis tanda protes sentimen anti-Islam


DOHA -
Gesaan untuk memboikot produk Perancis semakin meningkat di rantau Arab dan negara Muslim beberapa hari selepas Presiden Perancis, Emmanuel Macron dengan angkuh menyatakan negara itu tidak akan melarang karikatur yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Hashtag #BoycottFrenchProducts turut menjadi trending di Twitter sebagai tanda protes terhadap sentimen anti-Islam yang kembali meningkat di Paris susulan kejadian seorang guru dipenggal kerana tindakan biadabnya menunjukkan karikatur Nabi.

Pengguna media sosial turut menukar gambar profil mereka dengan sepanduk ‘Muhammad pesuruh ALLAH’ sebagai bantahan terhadap kenyataan Macron yang mempersendakan Rasulullah pada Rabu lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Paris telah memanggil semula Duta Perancis ke Turki selepas Presiden Recep Tayyip Erdogan menegaskan Macron perlu melakukan pemeriksaan mental kerana berikrar untuk mempertahankan nilai sekular dan memerangi radikal Islam.

Sementara itu, gerakan Hamas dalam satu kenyataan menyifatkan perbuatan menghina agama dan Nabi bukan satu bentuk kebebasan bersuara sebaliknya ia mempromosikan budaya kebencian terhadap Islam.

“Pendirian Macron yang menggalakkan penerbitan karikatur Nabi Muhammad adalah cubaan untuk menghidupkan semula Perang Salib yang pernah dicetuskan Perancis sebelum ini,” kata jurucakapnya, Sami Abu Zuhri.

#Sumber : - Agensi 

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan