Header Ads

ads header

Flash News

Bukan masa sesuai adakan pilihan raya, kata Lam Thye


KUALA LUMPUR
- Merujuk kepada ura-ura kemungkinan pilihan raya mengejut, seorang aktivis hari ini berkata, sekarang bukan masa untuk bercakap atau menuntut kebebasan individu, sebaliknya yang lebih penting adalah usaha merencana kebebasan dari perasaan ketakutan, jangkitan dan penyakit seluruh negara.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata. setiap usaha serta langkah-langkah penjagaan kesihatan yang baik yang diketengahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memerangi wabak Covid-19 seharusnya disokong penuh oleh semua ahli politik.

“Ada ura-ura mengenai pilihan raya umum tahun ini, saya harap perkara ini hanya spekulasi semata-mata kerana sekarang ini pastinya bukan masa untuk mengadakan pilihan raya.

“Yang pertama sekali kerana faktor kos untuk mengadakan pilihan raya yang perlu difikirkan, kerana ia (pilihan raya) akan memerlukan kerajaan membelanjakan wang, yang sebenarnya kita agak kesempitan disebabkan masalah ekonomi yang berpunca daripada Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lam Thye berkata, selain itu negara tidak boleh sekali lagi mengharungi kebangkitan gelombang jangkitan terbaharu, yang pastinya akan berlaku jika orang ramai berhimpun untuk berkempen dan mengundi dalam pilihan raya.

"Sepatutnya tidak ada usaha, masa, atau kewangan, digunakan bagi maksud yang lain daripada memenuhi keperluan orang ramai yang terjejas teruk akibat Covid-19,” katanya.

#Sumber :  - Bernama  

MR :  Setuju  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan