Header Ads

Header ADS

Ekonomi negara semakin pulih


KUALA LUMPUR
: Ekonomi Malaysia mula menunjukkan pemulihan selepas kegiatan aktiviti ekonomi kembali aktif yang dapat digambarkan melalui petunjuk makroekonomi pada bulan Julai.

Ketua Perangkawan, Dato’ Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata senario ini dapat dilihat dengan peningkatan jumlah tenaga kerja iaitu 15.82 juta orang pada bulan Julai tahun ini daripada 15.76 juta orang pada bulan sebelumnya.

Selain katanya, kadar pengangguran turut menurun kepada 4.7 peratus berbanding 4.8 peratus pada bulan sebelum.

Katanya, nilai jualan bagi sektor pembuatan meningkat kepada RM119.3 bilion pada bulan Julai, meningkat 2.1 peratus bagi bulan ke bulan.

“Perdagangan borong dan runcit juga menunjukkan pemulihan pada bulan Julai dengan menjana nilai jualan RM108.7 bilion pada pertumbuhan 5.6 peratus berbanding bulan sebelumnya.

“Pertumbuhan jualan yang lebih baik bagi subsektor ini disumbangkan oleh jualan kenderaan bermotor berikutan strategi yang efektif dari kerajaan ke atas pelepasan cukai sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd Uzir, dari segi perdagangan barangan Malaysia bagi Julai 2020 telah mencatat peningkatan jumlah perdagangan sebanyak RM159.9 bilion berbanding RM144.7 bilion pada bulan sebelumnya apabila eksport meningkat sebanyak 11.7 peratus sementara import meningkat 8.7 peratus.

“Dari segi tahun ke tahun, eksport meningkat sebanyak 3.1 peratus sementara import terus menyusut pada bulan Julai 2020. Pada bulan Ogos, eksport dan import mencatatkan penyusutan, namun imbangan perdagangan kekal merekodkan lebihan dagangan,” ujarnya.

Tambah beliau, peranan sektor pelancongan dalam ekonomi sangat penting memandangkan aktiviti berkaitan pelancongan meliputi 23.6 peratus pekerjaan serta menyumbang 15.9 peratus atau RM240. 2 bilion kepada ekonomi negara pada tahun 2019.

Justeru, dengan pengumuman kerajaan berkaitan inisiatif pelancongan bagi meningkatkan aktiviti promosi oleh agensi pelancongan meliputi hotel dan penginapan akan menyokong serta menghidupkan semula aktiviti pelancongan domestik bagi tahun ini.

“Secara keseluruhan, prestasi makroekonomi pada Julai telah memberikan petunjuk awal bagi suku ketiga 2020.

“Prestasi suku ketiga dijangka akan lebih baik berbanding suku kedua, memandangkan pakej rangsangan ekonomi yang berterusan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi keseluruhannya.

“Ini sejajar dengan Indeks Pelopor yang menunjukkan pemulihan ekonomi dalam waktu terdekat serta prospek ekonomi yang lebih cerah menjelang 2021,” katanya Mohd Uzir lagi.

#Sumber : Harakahdaily   

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.