Header Ads

Header ADS

Cadangan tubuh kerajaan sementara jika PN tumbang, kata orang dalam


PETALING JAYA:
Ketika rundingan PPBM dan Umno diteruskan, beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional dikatakan mendesak kerajaan sementara yang dibantu sejumlah menteri dan Majlis Perundingan Nasional (NCC) diwujudkan.

Orang dalam BN berkata, ada pihak menganggapnya sebagai alternatif, jika kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin gagal mendapat sokongan majoriti ketika pembentangan Belanjawan 2021 dalam sidang Dewan Rakyat bulan depan.

Katanya, beberapa individu mencadangkan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi perdana menteri sementara, jika kerajaan sedia ada tumbang.

“Sepatutnya, pilihan raya perlu diadakan jika kerajaan tumbang, tetapi disebabkan kita di tengah-tengah krisis Covid-19, kerajaan sementara boleh ditubuhkan,” katanya kepada FMT.

Orang dalam itu, yang mempunyai kaitan rapai dengan rundingan itu, berkata mereka mahu Tengku Razaleigh dibantu maksimum 17 menteri dan NCC, sama seperti jawatankuasa yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum 1969.

NCC itu disaran dianggotai ahli Parlimen daripada kedua-dua pihak.

Katanya, kumpulan itu, yang rapat dengan Ku Li, mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Mac depan, selepas pandemik Covid-19 berakhir.

“Dari November hingga Mac, ada cadangan untuk kerajaan sementara dibentuk jika Muhyiddin gagal mendapat sokongan di Parlimen.”

Jangkitan Covid-19 terus menyaksikan rekod baru dengan 871 kes dicatatkan hari ini dan banyak kluster baru dikesan setoap hari.

Pada 13 Okt lalu, ketua pembangkang, Anwar Ibrahim menghadap Agong untuk menunjukkan bukti beliau mempunyai majoriti mencukupi bagi menubuhkan kerajaan baru.

Pada hari sama, Umno turut mengumumkan ia mempertimbang menarik balik sokongan kepada Perikatan Nasional, jika tuntutan mereka untuk perkongsian kuasa dengan PPBM tidak dipenuhi. Kedua-dua parti itu sedang berunding.

Pemimpin Umno merasakan mereka diketepikan PPBM, walaupun mempunyai ahli Parlimen paling ramai ketika gabungan itu ditubuhkan Februari lalu.

Rasa tidak senang ini meningkat selepas Pilihan Raya Negeri di Sabah kerana jawatan ketua menteri diberikan kepada PPBM yang menimbulkan kebimbangan kerana Umno merasakan kerjasama dengan PPBM tidak memanfaatkan mereka.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman dilaporkan berkata, parti itu mahu diberikan jawatan timbalan perdana menteri dan rombakan Kabinet untuk memperkukuhkan kedudukannya dalam PN.

Seorang lagi orang dalam BN berkata, beberapa ahli Parlimen Umno berharap Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi dinamakan sebagai timbalan perdana menteri, jika PPBM bersetuju dengan permintaan mereka.

“Ada beberapa puak dalam Umno, dengan setiap kem mempunyai cadangan masing-masing untuk mengukuhkan parti itu dalam kerajaan.”

#Sumber : FMT   

MR :  Ini rancangan siapa pula?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Inilah akibat nya kalau ramai sangat yg mengaku hebat sepatutnya teruskan mandat rakyat dahulu tidak lah negara menjadi tidak stabil seperti hari ini ditambah pula dengan penyakit covid yg belum nampak tanda-tanda akan berakhir kepada pemimpin semua parti anda mesti bertanggungjawab diatas apa yang berlaku pada hari ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Angkara ketidakstabilan politik ini disebabkan oleh pengkhianat2 juga.
      Disokong oleh parti Islam tebuk atap yg sepatutnya tegas....
      Tapi sbb masuk politik nak pangkat & kekayaan maka tak segan silu agama dijadikan kuda tunggangan..

      Padam
  2. Lepas convic 19 berakhir adakan PRU 15 harap ada parti dapat majoriti rakyat Malaysia 2/3 . buat undang baru mp boleh lompat parti tapi tak boleh bawa kerusi mp.😙😊☺️😎

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.