Header Ads

Header ADS

PRN Sabah Sumbang Penularan Gelombang Ketiga Covid-19



KUALA LUMPUR –
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menyumbang kepada gelombang ketiga penularan Covid-19.

Beliau berkata, penganjuran PRN itu dilihat menyumbang kepada penularan kes apabila ada pihak yang tidak patuh prosedur operasi standard (SOP).

“Jika melihat kepada pilihan raya diadakan di New Zealand, tiada peningkatan ketara kes (gelombang) dilaporkan berlaku.

“Justeru, kita tidak menolak kemungkinan PRN (Sabah) menyumbang kepada peningkatan kes ketika ini kerana ketidakpatuhan terhadap SOP,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan bekerjasama dengan Jabatan Penjara bagi mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha membendung penularan Covid-19 di penjara.

Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi mengenal pasti penularan jangkitan Covid-19 di dalam penjara.

“Mungkin ada jangkitan membabitkan banduan di dalam penjara kerana virus berkenaan dibawa oleh petugas penjara atau ketika banduan dibawa keluar ketika proses sebutan kes yang boleh menjangkiti banduan lain.

“Justeru, kita perlu mengenal pasti tempat saringan yang perlu dilakukan terhadap mereka selain pelaksanaan SOP pengasingan terhadap banduan terbabit selama 14 hari sebelum dicampurkan bersama banduan lain,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, pihaknya mempunyai pengalaman dalam mengatasi permasalahan itu apabila gelombang kedua Covid-19 melanda negara membabitkan depoh tahanan imigresen sebelum ini.

“Kita sudah ada pengalaman menangani penularan Covid-19 di depoh tahanan sebelum ini serta modal itu boleh boleh diguna pakai di lokap dan penjara,” katanya.

#Sumber :  – myMetro Online
  

MR :  Ini nak PRU-15 pula, nak suruh seluruh Malaysia mati!  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.