Header Ads

ads header

Flash News

DAP Johor terkejut dakwaan 'dipelawa' kerjasama PH-UMNO bentuk kerajaan negeri


KUALA LUMPUR: DAP Johor mendakwa terkilan dengan kenyataan berkaitan pelawaan kerjasama Pakatan Harapan dan UMNO untuk membentuk sebuah kerajaan negeri, sekiranya parti itu memutuskan untuk menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN).

Menurut DAP dalam satu kenyataan hari ini, hal ini tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Pimpinan PH Johor.

"Pada hemat kami, sebarang usaha atau strategi untuk mengembalikan mandat rakyat dan membentuk kerajaan haruslah dalam makluman dan persetujuan bersama Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Johor," menurut kenyataan itu di sini, pada Rabu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan semalam dilaporkan berkata, parti itu membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong gabungan politik PN. Sebaliknya, ia akan memberi syarat baharu kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian untuk dilaksanakan, secepat mungkin.

Keputusan itu mampu memberi impak kepada kedudukan kerajaan Johor berikutan 14 daripada 29 Ahli ADUN PN adalah daripada UMNO manakala 14 lagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), MIC (dua) dan Pas (satu).

PH memegang 27 kerusi DUN membabitkan 14 kerusi daripada DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) (sembilan) dan PKR (empat).

#Sumber :  Astro   

MR :   UMNO dah kemaruk 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan