Header Ads

Header ADS

Jangan sensasikan syarat UMNO kepada PN - Pemuda Pas


KUALA LUMPUR: UMNO mempunyai hak untuk berbincang apa sahaja syarat yang mahu mereka kemukakan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sendiri.

Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, paling penting ia tidak disensasikan dalam situasi tiada pihak yang tahu apa permintaan sebenar UMNO.

"Pada pendapat saya, pertama kalau kita lihat kenyataan itu, UMNO masih lagi bersama dalam PN, itu asas pertama. Maknanya komitmen kita hendak memastikan kerajaan stabil dan terus berdepan dengan cabaran COVID-19.

"Kedua, adapun sekiranya ada syarat baru yang barangkali UMNO dan Barisan Nasional (BN) mahu nyatakan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin., saya rasa itu hak UMNO untuk mereka bincang dengan baik, barangkali kita mensensasikan dalam keadaan kita tidak tahu apa sebenarnya syarat yang mahu dipinta UMNO.

"Sebagai rakan sejawat, kita bersangka baik dan perkara ini kita perincikan dalam mesyuarat Muafakat nasional (NM) akan datang sebab kita en-bloc bersama menyatakan sokongan kepada PN," katanya semasa dihubungi di sini, pada Rabu.

Pada Selasa, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti itu sedang membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong PN.

Tegasnya, parti itu turut memberi syarat baharu kepada kerajaan PN jika mahu meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Dalam perkembangan berasingan, Ir Khairil menjelaskan, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh memberi sebarang pandangan mengenai pertemuannya dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Tegasnya, Pas tetap berpegang kepada kenyataan Istana Negara.

Paling penting ujarnya, parti itu bersama UMNO mahu memberi fokus bersama kerajaan PN dalam memberi bantuan kepada rakyat selain memberi kesedaran dalam usaha membendung COVID-19.

Anwar pada Selasa turut mendakwa mempunyai sokongan lebih daripada 120 Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu menggantikan PN.

Dalam sidang media khas, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, telah menyampaikan bukti berupa surat akuan sumpah dan pengesahan ketua parti berkaitan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah tidak menerima senarai ahli-ahli Parlimen yang menyokong Anwar dalam majlis menghadap pada Selasa.

Al-Sultan Abdullah juga telah menasihati Anwar untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

#Sumber :  Astro   

MR :  UMNO nak ambil hati penyokong yang taasud  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.