Header Ads

Header ADS

Perlukah Tan Sri Muhyiddin meletak jawatan?


APABILA Yang di-Pertuan Agong melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) pada 1 Mac 2020 sebagai Perdana Menteri, Baginda menjalankan tugasnya berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan seperti berikut:

“Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu;”

2. Fakta menunjukkan dari 1 Mac 2020 sehingga hari ini 14 Oktober 2020, TSMY tidak pernah melepasi ujian kepercayaan di Dewan Rakyat untuk mengesah dan membuktikan secara rasmi beliau mempunyai majoriti ahli Dewan Rakyat yang menyokongnya.

3. Fakta juga menunjukkan Usul Undi Tidak Percaya yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir, Ahli Parlimen Langkawi dan diterima oleh Speaker Dewan Rakyat ketika itu sampai ke hari ini tidak dibentangkan untuk dibahas dan diundi di Parlimen. TSMY kelihatan cuba berdalih-dalih dan lari-lari dari menghadapi usul tersebut.

4. Selama 8 bulan dari 1 Mac 2020 sehingga Sidang Parlimen akan datang pada 2 November 2020, TSMY kelihatan seperti tidak berani membawa Usul Percaya terhadapnya selaku Perdana Menteri di Dewan Rakyat.Sehingga ke hari ini tidak ada usul kepercayaan sedemikian telah dikemukakan kepada Speaker Dewan Rakyat.

5. Justeru itu dalam keadaan ketidakpastian sama ada TSMY mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat atau tidak, maka pada 13 Oktober 2020, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara dan mempersembahkan dokumen-dokumen sahih yang membuktikan beliau mendapat sokongan melebihi 120 orang ahli Dewan Rakyat yang menyokongnya bagi jawatan Perdana Menteri. Pernyataan atau representasi DSAI kepada Yang di-Pertuan Agong itu bermakna beliau mendakwa TSMY telah hilang sokongan.

6. Persoalan undang-undang sekarang ini, ialah Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong perlu merujuk semula Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan seperti yang dinyatakan di atas. Persoalan undang-undang ialah, apakah pada hari ini, selepas DSAI mengadap Yang di-Pertuan Agong, maka adakah Yang di-Pertuan Agong masih berpegang pada hematnya mungkin TSMY masih mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat seperti yang dipercayai Baginda pada 1 Mac 2020 lalu?

7. Jika Yang di-Pertuan Agong masih percaya, maka selamatlah kedudukan TSMY sebagai Perdana Menteri buat sementara.

8. Sebaliknya jika Yang di-Pertuan Agong sudah hilang kepercayaan tersebut maka TSMY perlulah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri untuk mengelakkan rakyat dan negara ini daripada terheret di dalam satu krisis perlembagaan.

Hassan Abdul Karim 
Ahli Parlimen PKR Pasir Gudang

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


9 ulasan:

  1. Rakyat lebih selesa PN mentakbir negara rakyat xmau bekerja sama dengan parti peliwat dan dap kalau bn menyokong anuar dan berkepit dap umno akan hancur pru 15..pemimpin umno jangan belakangkan mandat rakyat

    BalasPadam
    Balasan
    1. CYBER TROOPER PARTI BUNGA DETECTED. PUJI DIRI SENDIRI MUKA TAK TAHU MALU

      Padam
  2. Semakin hari politik Malaysia mcm sampah....org2 politik ini mementingkan perut masing2 dan cuba melindungi diri masing2......rakyat yg dibebani masalah yg ditimbulkan org2 gila politik sendiri.

    DAP dikatakan rasis.
    PKR dikatakan politik dendam.
    UMNO dikatakan KING OFF MAKER parti LOMPAT SANA SINI.

    Pada saya parti PH yg diterajui TSMY sudah cukup bagus menyambut Nagara dibawah 1 tahun dimana ditimpa masalah darurat dunia tentang penyakit berjangkit.......bukan masalah ekonomi yg boleh diuruskan dgn akal fikiran.....ini penyakit yg diturunkan sebagai peringatan...semua negara dlm masalah

    KNP nak dseriuskan /diperbetulkan kedudukan oleh ahli2 politik....itu semua wayang UTK mengaburkan rakyat....hakikatnya org politik nk merebut jawatan ,kuasa dan wang....

    Nasib baik Malaysia banyak raja2 disetiap negeri....kalau tidak nescaya jadi huru-hara Malaysia ,lebih terus dari huru-hara di Amerika atau palastin.

    Jadi saya menyembah dan memohon pada YDP AGong supaya menggunakan kuasa VITOnya....UTK memastikan Malaysia berada di landasan yg aman.......x perlu mengikut aliran atau arus politik busuk oleh org2 politik yg mementingkan perut mereka sendiri......saya doakan YDP Agong dan TSMY diberikan kekuatan dan kebijaksanaan UTK mentaksir negara berpaksikan agama,kepercayaan dan amanah.

    Aminnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. CYBER TROOPER PARTI BUNGA DETECTED. PUJI DIRI SENDIRI MUKA TAK TAHU MALU

      Padam
    2. tsmy x perlu letak jawatan biar kekal jadi pm

      Padam
  3. Tsmy tidak perlu letak jawatan ,
    Tsmy perdana menteri yang baik dan prihatin kepada rakyat we love tsmy
    #bapaprihatin
    #abahsayangsabah
    #perikatan nasional

    BalasPadam
    Balasan
    1. CYBER TROOPER PARTI BUNGA DETECTED. PUJI DIRI SENDIRI MUKA TAK TAHU MALU

      Padam
  4. Yang tidak perlu meletakkan jawatan
    Rakyat Malaysia masih sayangkan TSMY

    BalasPadam
  5. Teruskanlah menyalak bukit wahai ahli2 PKR.. Parti yg gunakan lambang mata satu ni,tak kan berhenti selagi penggemar lubang punggung tak jadi PM

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.