Header Ads

Header ADS

DAP: Kokok berderai-derai, ekor penuh tahi


PEMUDA
PAS menegaskan RASUAH adalah suatu perbuatan yang tercela bagi seorang manusia, dan lebih hina jika ianya dilakukan oleh seorang pemimpin yang diberikan amanah dan kuasa.

Segala kesalahan yang berkaitan dengan perbuatan ini haruslah diambil berat oleh sesiapa sahaja tidak kira ianya datang dari mana-mana individu, entiti atau parti samada yang lama atau yang baharu.

Isunya, ketika gegak gempita dibuat oleh sesetengah pihak terhadap kes-kes rasuah berprofil tinggi ini dicanang-canang di merata dunia, Pemuda PAS merasakan isu yang cukup berat iaitu kes rasuah melibatkan terowong Pulau Pinang sepanjang 7.2 kilometer menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai yang menelan kos RM 6.3 billion yang membabitkan tokoh besar dalam DAP, seolah menjadi sampah yang disembunyi di bawah hamparan tikar kotor parti ini.

Tertuduh saudara Lim Guan Eng di dalam kes rasuah melibatkan projek terowong tersebut seolah telah disucikan apabila beliau membuat pengakuan tidak bersalah terhadap semua pertuduhan sedangkan kes tersebut masih belum dibicarakan dan diputuskan oleh Mahkamah.

Begitu juga dengan isterinya Betty Chew Gek Cheng yang turut didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth di atas tiga pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang berjumlah RM372,009.00 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram daripada syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd yang telah dimasukkan ke dalam akaun Public Bank Berhad miliknya.

Tidak dinafikan seseorang itu tidak dianggap bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya, namun terdapat sesetengan pihak yang menganggap tuduhan rasuah yang dikenakan ke atas pimpinan DAP ini sebagai ‘ok-ok sahaja’ sedangkan kes rasuah terutama melibatkan individu yang mempunyai jawatan di dalam kerajaan adalah serius yang memberikan kesan terhadap pandangan rakyat Malaysia terhadap kepimpinan negara.

Maka, Pemuda PAS mendesak untuk DAP terus jujur dan tidak mengambil sikap berat sebelah terhadap isu rasuah yang cukup keji. Ketika mereka sibuk menuduh dan menuding jari kesana-sini terhadap kes-kes lain, tapi apa yang dilihat, pimpinan tertinggi mereka juga terlibat dalam kes berprofil tinggi melibatkan harta negara yang sepatutnya dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.

Jika pimpinan DAP terus berdiam diri terhadap kes rasuah yang melibatkan pimpinan mereka, tetapi terjerit-jerit terhadap pihak lain, maka tidak ubahlah DAP seperti peribahasa Melayu, ‘kokok berderai-derai, ekor penuh tahi’!

IR TS HAJI KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia

#Sumber : Harakahdaily  

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. DAP memerintah Pulau Pinang sekian lama hanya ini je yg boleh korek.. takat ratus2 ribu je.. orang bodoh je nak ambil ratus2 ribu dari 6 bilion.. yg PAS boleh bersengkongkol dgn Najib sehingga pakai baju Melayu pun sedondon tak kisah pulak ek.. ke dah lupa.. Najib tak main ratus2 ribu.. dia main puluh2 juta.. ratus2 juta.. ribu2 juta.. tu belum lagi Zahid.. Ku Nan.. itu yg PAS suka.. harap2 dapat habuan ckit.. ni tak pulak PAS kecam.. huhu.. Islam PAS ni double standard.. kalau puak2 dia semuanya dia akan kata Allah redha.. Allah suka.. kalau musuh dia semuanya salah.. langsung tak berpaksikan kebenaran.. inilah contoh terbaik parti politik yg menunggang agama demi kelangsungan hidup.. Erdorgan perintah Turki jadi maju negara dia.. disegani.. ditakuti.. bagi PAS perintah Kelantan dah berpuluh2 tahun tak jugak maju2.. tang tu jugak.. memalukan Islam camni..

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.