Header Ads

Header ADS

DAP tanpa berselindung kritik Mahathir untuk tarik kepercayaan sokongan Pengundi Cina


Ramkarpal Singh menyuarakan kritikan pedas terhadap Dr Mahathir Mohamad hari ini berhubung cadangan agar bekas perdana menteri itu kembali mengetuai pentadbiran negara untuk kali ketiga.

Tanpa berlapik, Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu menyalahkan tindakan-tindakan Mahathir di masa lalu sebagai punca keadaan semasa negara, dan menyuarakan kekesalannya kerana pernah bekerja dengannya di bawah PH.

"Saya menyesal bekerja dengan anda. Andalah sebab mengapa negara ini (dalam keadaan seperti ini) sekarang. Andalah sebab mengapa negara ini perlukan pembaharuan.

"Dan hari ini anda kata anda nak 'selamatkan negara? Anda adalah orang terakhir yang mampu melakukannya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramkarpal mengulas cadangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) - yang diasaskan Mahathir - agar Mahathir menggantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sehingga PRU15.

Menyampaikan keputusan jawatankuasa penaja Pejuang di Facebook, setiausaha politik Mahathir, Abu Bakar Yahya berkata: "Kami ahli jawatan kuasa penaja parti Pejuang telah pun memutuskan dengan sebulat suara bahawa Tun M sebagai calon perdana menteri bagi menggantikan perdana menteri yang ada sementara menunggu pilihan raya umum ke-15 jika negara mahu diselamatkan."

Selepas keruntuhan pentabdiran PH Mac lalu, gabungan itu mendakwa ia mempunyai jumlah kerusi Parlimen yang cukup untuk kembali menubuhkan kerajaan.

Bagaimanapun keputusan tidak dapat dicapai berhubung siapa yang akan menjadi perdana menteri.

Di tengah-tengah kebuntuan antara Mahathir dan Presiden PKR Anwar IBrahim, DAP dan Amanah menyuarakan sokongan terhadap cadangan agar bekas pengerusi Bersatu itu sekali lagi mengetuai kerajaan.

DAP dan Amanah juga kemudiannya menyokong cadangan Mahathir agar Presiden Warisan Shafie Apdal menjadi calon perdana menteri. Cadangan itu ditolak Anwar.

Dalam kenyataan hari ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng - yang menggesa Muhyiddin untuk fokus dalam usaha menangani wabak Covid-19 berbanding kemelut dalam Perikatan Nasional - memilih untuk menghindari isu berkenaan pendirian DAP.

"Saya diminta oleh media untuk memberi komen tentang pendirian DAP mengenai perkembangan politik semasa berikutan perpecahan PN dan parti-parti komponen kerana tidak berpuas hati dengan kelemahan perdana menteri dalam menangani krisis kesihatan Covid-19.

"Namun, tidak ada keperluan untuk menyatakan atau mengulangi pendirian parti ketika orang awam mendambakan kerajaan yang bertanggungjawab kepada kepentingan negara dan rakyat, bukannya hanya untuk survival individu dan politik mereka sendiri," katanya.

Dalam pada itu, Ramkarpal membangkitkan bagaimana Mahathir meletakkan jawatan pada awal tahun ini tanpa berbincang dengan pimpinan PH serta janjinya agar Anwar menggantikannya.

"Dia letak jawatan sebagai perdana menteri. Dia kata ini kerana dia dikatakan tidak lagi ada majoriti pada masa itu...Dia tidak peduli untuk berunding dengan kerajaannya atau Kabinetnya. Dia buat mengikut caranya sendiri.

"Kini dia nak jadi perdana menteri sekali lagi. Sebagai warga Malaysia saya bertanya pada diri sendiri, adakah tiada orang lain?

"Adakah kita akan lantik orang sama yang berjanji kepada negara yang dia akan serahkan baton kepada Anwar tetapi hari ini memberitahu kita dia tidak sesuai untuk negara?

"Mengapa beritahu kami jika anda pada masa itu fikir dia (Anwar) sesuai? Untuk raih undi?" soalnya lagi.

Ramkarpal juga membangkitkan tindakan lampau Mahathir, terutama ketika pertama kali menjadi perdana menteri, termasuklah penangkapan pengkritik kerajaan.

Dia juga berkata Mahathir menjanjikan sejumlah pembaharuan sebelum PRU14 tetapi kemudian berkata janji itu dibuat ketika dia tidak menjangka akan menang.

"Dulu saya percayakannya.

"Hari ini dia benar-benar mahukan kerajaan tanpa Anwar, dan ia membangkitkan persoalan: Mengapa anda berbohong pada masa lalu dengan menjanjikan jawatan (perdana menteri) kepadanya?

"Saya hormat apa yang anda lakukan pada masa lalu. Anda musnahkan sistem kehakiman, penjarakan ramai orang kerana mereka menentang anda. Masih ingat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)?" katanya lagi.

MR :   DAP dah rasa Mahathir tak guna lagi


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. Mahadir ini lidahnya mcm lidah biawak janji serah pm kpd Amwar.mahadir bagus kau mati sekarang bikin sial malaysia

    BalasPadam
  2. Inilah DAP. bila dah tak berguna lagi mula lah dia akan membuang sepah. Macam dia buat PAS.


    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn fitnah.. tu jalan ke neraka.. siapa yg buang siapa? Rasa aku PAS yg keluar dari bekerjasama dgn DAP.. so kat mane PAS jadi sepah? Inilah kelemahan melayu Islam penyokong PAS.. sanggup fitnah demi nak menampakkan DAP bersalah.. ingat Allah tak halalkan fitnah pada siapa2 walaupun orang kafir..

      Padam
    2. Kalau main rasa rasa tak payah komrn le

      Padam
  3. X gune punye dap
    Puihhhh,,,
    Aku mls carot

    BalasPadam
  4. MELOYAKAN bagi setiap perkataan yang keluar dari PARTI ULTRA KIASU...gerak saraf yang penuh racun untuk BANGSA MELAYU dan ISLAM pegangan hidup aku 😤😤😤

    BalasPadam
  5. Sama ada kita suka tau tak pada DAP kita terpaksa akui bila berdepan kebenaran.. semasa Mahathir menjadi PM byk keputusan dan hala tuju yg menyimpang dari janji2 manifesto.. sama ada itu disengajakan utk mensabotaj kerajaan PH atau memang itu yg hendak dilakukannya hanya Mahathir dan konco2nya saja yg mengetahuinya.. tapi yg jelas sebahagian besar masyarakat melayu tersinggung tidak dapat menerima cara pemerintahan Mahathir itu.. dan lebih parah apabila keseluruhan jentera PH terdiri dari PKR , DAP , Amanah dan Warisan turut dipersalahkan atas keputusan2 Mahathir ini.. DAP menerima kesan yg paling nyata apabila jentera pembangkang UMNO ketika itu mengambil sepenuh kesempatan menabur fitnah dan bertubi2 menyatakan DAP lah punca semua ini tanpa menuding jari kepada Mahahir.. ternyata Anwar bijak ketika itu apabila menjauhi kabinet Mahathir.. luahan Ramkarpal ini bukanlah luahan utk mencari undi cina kerana hati penyokong cina sudah bulat menolak Mahathir sejak bulan Februari lalu.. penyokong2 melayu Islam dari PKR, Amanah dan Warisan turut sama berpendapat spt apa yg Ramkarpal luahkan kini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak de pun penyokong Islam PKR, AMANAH, WARISAN yang menyokong pendapat Ramkarpal. Yang ada mintak Mahathir Anwar berdamai.

      Padam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.