Header Ads

Header ADS

Mujahid curiga cadangan gencatan politik dan bersangka buruk idea ini


Berligar satu pandangan di kalangan rakyat yang menuntut supaya orang politik berhentilah daripada berpolitiking untuk tumpu kepada pengurusan Covid-19 yang meningkat dan menjejaskan kehidupan rakyat. Sebagai orang politik, saya amat menginsafi kejujuran rakyat cuba memahami situasi sukar yang kita sedang lalui.

Namun saya juga perlu membuat sikap yang realistik kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri hari ini. Sikap saya masih tetap berhati-hati kepada pandangan gencatan politik kerana pada penghujung pandangan ini ada rumusan akhir yang saya fikir perlu dikritik secara objektif.

Rumusan pandangan ini berakhir dengan kata-kata: "berikanlah ruang pada kerajaan PN dan Muhyiddin untuk kendalikan suasana sehingga selesai masalah".

Bagi saya pandangan ini nampak jujur secara zahir dan mudah mendapat simpati secara cek kosong, tetapi apabila kita mendalami apa yang terselit di sebalik pandangan ini, saya melihat ada niat buruk yang tersirat, jika tidak didedahkan akan mengheret negara kepada keadaan lebih buruk. Hakikatnya...

  • Kerajaan Muhyiddin sebenarnya mahu menutup kelemahan cara kerajaannya kendalikan krisis Covid-19 dan dalam proses itu mengeksploitasikan Covid-19 sebagai talian hayatnya untuk kekal berkuasa. Justeru, Covid-19 sangat mudah menjadi alasan politik beliau untuk menagih simpati kerana kelemahannya.
  • Muhyiddin menafikan potensi membentuk sebuah kerajaan selain PN yang lebih baik dan efisien untuk mengendalikan keadaan lantas Muhyiddin mendedahkan rakyat kepada risiko tinggi yang terpaksa ditanggung hanya kerana alasan berhenti dari berpolitik waktu ini. Niat sebenarnya adalah untuk kekal berkuasa dan menafikan kepentingan lebih besar untuk melihat siapa lebih baik untuk menjaga negara.
  • PN mahu menutup episod 'tebuk atap' yang pada hakikatnya menjadi punca kepada segala kecelakaan politik yang berlaku hari ini. Muhyiddin membentuk PN atas pembelotan kepada mandat asal PH sehingga menyebabkan kepercayaan sebahagian rakyat kepada entiti kerajaan terjejas teruk! Muhyiddin sudah hilang elemen terpenting mengendalikan krisis Covid-9 pada ketika ini, iaitu kewibawaannya sebagai sebuah kerajaan yang dihormati.

Saya juga perlu menjelaskan makna politik yang lebih objektif dalam kerangka sebuah negara dan kerajaan yang berfungsi. Apa yang saya maksudkan adalah politik yang berpandukan kepada prinsip-prinsip demokrasi yang panduannya ialah undang-undang dan perlembagaan negara.

Hakikat dan makna ini kekal relevan dalam apa jua situasi termasuk semasa Covid-19. Kita tidak boleh melakulan gencatan politik kepada prinsip yang tertegaknya politik.

Demokrasi adalah tunggak berdirinya politik negara ini. Apa yang perlu dipelihara dan diperbetulkan akan bergantung kepada sejauhmana kadar kerosakan yang berlaku kepada asas demokrasi kita.

Pada hemat saya, Muhyiddin telah lakukan kerosakan besar kepada demokrasi dalam negara kita. Paling besar ialah pembelotan terhadap keputusan proses demokrasi berpilihanraya pasca 2018.

Kita perlu perbetulkan kerosakan ini melalui politik kerana Muhyiddin telah melanggar prinsip ini secara politik juga dan semasa Covid-19 telah menular.

Kerana pembelotan ini, asas demokrasi runtuh dan Muhyiddin membentuk kerajaannya atas sogokan melalui kabinet XXXL, habuan GLC kepada ahli parlimen yang menyokongnya dalam majoriti yang rapuh dan tiada fokus kepada mengendalikan krisis Covid-19.

Usai 'tebuk atap' Mac 2020, keputusan proses demokrasi rakyat telah dicerobohi lagi menyebabkan rakyat Johor, Perak, Kedah dan Sabah turut menjadi mangsa Muhyiddin.

Demokrasi adalah teras yang menjaminkan segala disiplin pembentukan dan perjalanan sebuah kerajaan. Pemeliharaan demokrasi adalah juga jaminan yang mencerminkan sihatnya sesebuah entiti kerajaan atau sebaliknya.

Jika demokrasi terpelihara maka sihatlah kerajaan, dengan kata lain kewibawaan kerajaan bergantung kepada sejauhmana asas demokrasi terjamin dan terpelihara. Ini adalah proses politik demokrasi yang setiap wakil rakyat telah mengambil sumpah setia untuk memelihara dan melindunginya berpandukan kepada perlembagaan negara.

Malangnya kerajaan Muhyiddin gagal memelihara asas ini setelah kemunculannya adalah di atas kejayaannya menceroboh dan melanggar prinsip demokrasi melalui pintu belakang dan tebuk atap.

Dia menjadi perdana menteri dalam proses politik yang di luar kelaziman iaitu bukan melalui pilihan raya dan lebih buruk daripada itu gagal membuktikan keabsahannya sebagai perdana menteri di parlimen. Kegagalan ini memberi kesan kepada berbagai pertikaian terhadap semua polisinya, perlantikan resmi dan cara beliau kendalikan kerajaan.

Jangan meremehkan prinsip demokrasi dan komitmen memelihara asas-asas terpenting negara kerana kegagalan kita memeliharanya turut menjejaskan segala sistem yang terbentuk dari induk demokrasi.

Kehakiman akan terjejas, agensi penguatkuasaan akan terjejas, kepercayaan pelabur akan terjejas dan perpaduan nasional turut akan terjejas teruk menyebabkan krisis Covid-19 bertambah buruk.

Relakah kita untuk rehat seketika (gencatan politik) jika Muhyiddin dan kerajaan PN terus menerus menodai demokrasi untuk mengekalkan pembelotannya tempoh hari semasa Langkah Sheraton?

Semua pihak yang insaf jika memahami fundamental demokrasi bernegara akan bersetuju dengan saya bahawa tindakan dan langkah Anwar Ibrahim dan 91 anggota parlimen bersamanya adalah untuk menyeru rakan-rakan wakil rakyat yang lain agar menjadi tanggungjawab kita untuk kembalikan demokrasi supaya kerajaan bermandat dan berwibawa dapat dibentuk dan supaya sama-sama kita mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada kerajaan.

Lupakan seketika kepartian, tumpukan masa ini kepada pemeliharaan demokrasi dan menolak pembelot yang merosakkan asas-asas penting ini. Hanya kepada anggota parlimen yang sedia ada langkah pemulihan demokrasi dapat digerakkan buat masa ini.

Mereka yang mahu gencatan politik adalah mereka yang merelakan demokrasi dilanggar oleh Muhyiddin dan sekaligus membiarkan kelemahan mengurus krisis Covid-19 yang berlarutan entah sampai bila.

DATUK SERI DR MUJAHID YUSOF
Naib Presiden Amanah dan anggota parlimen Parit Buntar.

MR :  Sangka buruk datang daripada nafsu yang tidak baik 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


9 ulasan:

  1. mujahad kerana penyokong tegar LGBT dan membisu tehadap sensitviti umat ISLAM yang ditelanjangi oleh dapigs dn sekutu panKhianat

    BalasPadam
  2. Dah kena main dengan TunM tapi tak sedar2 lagi ke? Kena ingat la yang menjatuhkan kerajaan PH adalah TunM bukan Muhyiddin. Jangan asyik nak buat persepsi yang bukan2 kepada rakyat Malaysia.

    BalasPadam
  3. bodo la mujahat ni...

    demokrasi kepala hotak hang...
    itu pilihan agong, apa yg hang melalak lagi..?

    besar sgt ka demokrasi hang..?
    semua masalah jadi kat Tanah ni berpunca dari demokrasi.
    masalah yg memuncak ni angkara demokrasi jugak.

    sudah sampai masanya demokrasi dibakul sampahkan.
    semua Negara yang mengamalkan demokrasi telah GAGAL.
    hanya org bodoh yang berani berkata demokrasi itu sempurna.

    all the bullshit in the world.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bodo tahap ape ni.. dah negara kita guna sistem pemerintahan raja berparlimen kenelah ikut cara tu dan bercakap dgn cara tu.. nak ikut sedap gigi je maka kau dinasihatkan keluar dari negara yg guna sistem ni.. mandat pemerintahan dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya.. bukan cara tebuk atap dan lain2 walaupun YDPA yg lantik.. kalau setakat YDPA yg menguruskan perlantikan PM maka ape perlunya pilhanryaa lagi.. lepas tu majlis raja2 akan mengesahkan kerajaan tu dan melantik PM.. tgk sabah dah abis pilihanraya dan PN menang.. dah takde dah bunyi rakyat bising sbb pembentukan kerajaan guna cara betul dan bermaruah.. memang demokrasi besar kat malaysia.. ko je bangang tak tau.. kalau kau nak sampahkan demokrasi bukannye dgn menghentam Mujahid.. nanti lagi nampak kebangangan kau tu... kalau betul kau kata demokrasi tu dah tak sempurna maka kau patut berkata kat pemimpin2 kau sendiri dan raja2.. mereka yg sepatutnya membakulsampahkan demokrasi kerana mereka sedang memegang kuasa..

      Padam
    2. @ AWANAMA
      21 Oktober 2020 3:28 PG

      Tolong angkut cucu madey dan balik kerala ya.

      Padam
  4. Pendapat drpd seekor monyet yg telah d beri bunga selama 22 bulan,,,bkn bunga terjaga elok malah hancur d robek2 olehnya

    BalasPadam
  5. cara menubuhan amanah pun dengan niat tak baik, cara berfikiran pun songsang selari mencerminkan niat sebenar penubuhan

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.