Darurat Covid-19 untuk elak PRU mengejut
KUALA LUMPUR: Sekiranya proklamasi atau pengisytiharan darurat bagi membendung wabak pandemik Covid-19 dikuatkuasakan, ia mampu menjadi mekanisme bagi mengelakkan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan secara mengejut.
Menurut Felo Penyelidik (Undang-Undang dan Perlembagaan) Universiti Teknologi Malaysia, Dr Muhammad Fathi Yusof, Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyebut bahawa ‘jika Yang di-Pertuan Agong (YDPA) berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka YDPA boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.
Berdasarkan undang-undang yang diperuntukkan itu, kata Muhammad
Fathi, soal ekonomi disebut secara jelas sebagai salah satu sebab yang
membolehkan darurat diisytiharkan selain bagi menangani masalah
keselamatan dan ketenteraman awam.
Ia menjadikan pengisytiharan
darurat bagi mengatasi wabak Covid-19 bukan satu masalah dari sudut
Perlembagaan, katanya dalam satu tulisan pada Sabtu minggu lalu.
Jelasnya
tanggapan bahawa pengisytiharan darurat akan menyebabkan negara
diperintah pihak tentera dan seluruh negara tertakluk kepada perintah
berkurung adalah salah.
“Ia jauh daripada hakikat sebenar dan
dari sudut pemerintahan, Pengisytiharan Darurat Covid-19 tidak akan
mengubah bentuk pemerintahan sedia ada.
Dr Muhammad Fathi Yusof
“Malah, kerajaan tetap berfungsi seperti biasa kerana perubahan
fungsi kerajaan di peringkat kementerian dan negeri-negeri tidak
diperlukan bagi menangani Covid-19.
“Apa yang berlaku ialah
pemberian kuasa secara jelas dan teratur kepada Majlis Keselamatan
Negara (MKN) untuk menangani Covid-19.
“Sejak Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) diisytiharkan, peranan aktif MKN telah digerakkan untuk
menangani wabak ini, tetapi dari sudut kuasanya agak kurang jelas dan
janggal dan masalah ini dapat diatasi dengan proklamasi darurat,”
ujarnya.
Mengulas lanjut, kata Muhammad Fathi, ramai yang tidak
menyedari bahawa darurat yang diisytiharkan pada 1969 dan tamat pada
2012, beberapa ordinan dikekalkan dan digunakan oleh kerajaan dalam
pendakwaan dan pentadbiran.
“Hakikat itu telah membuktikan bahawa
kedudukan negara dalam keadaan darurat bukanlah satu masalah sehingga
boleh menghakis amalan demokrasi dan perlindungan hak asasi rakyat,”
katanya.
Justeru itu, kata Muhammad Fathi, Proklamasi atau
Pengisytiharan Darurat Covid-19 tidak perlu menjadi satu polemik atau
ketakutan kepada rakyat Malaysia.
“Kita mengharapkan dengan
diisytiharkan Darurat Covid-19, penguatkuasaan peraturan dan arahan
berkaitan usaha menangani wabak Covid-19 termasuklah melalui Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) dan langkah-langkah lain dapat dilaksanakan
dengan lebih lancar.
“Selain itu, ia juga mampu menyediakan
mekanisme yang dapat mengelakkan rakyat terjebak dalam pilihan raya umum
dalam tempoh wabak ini. Mudah-mudahan negara kita dan dunia segera
dikeluarkan daripada dugaan dan cabaran wabak yang luar biasa ini,” kata
beliau. – HARAKAHDAILY 24/10/2020
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com







©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan