Header Ads

Header ADS

Gencatan senjata politik Umno-PPBM tidak akan bertahan - Penganalisis Politik


PETALING JAYA:
Seorang penganalisis politik memandang sinis kenyataan Umno berhubung gencatan senjata politik dalam pertikaiannya dengan PPBM, dengan berkata, ia tidak akan bertahan lama.

Bercakap kepada FMT, Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura menyifatkan gencatan itu sebagai “kosmetik dan oportunistik” serta “sementara”.

Beliau mendakwa Umno membuat pengisytiharan itu untuk mengelak diri daripada dipersalahkan kerana bermain politik pada masa yang sukar buat negara.

Oh Ei Sun.

“Ia mengambil kesempatan daripada situasi pandemik yang sukar ini untuk meletakkan parti itu di kedudukan yang tinggi, sedangkan pada hakikatnya ia tidak menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin,” katanya.

“Dapat juga difahami bahawa Umno dan PAS bermain “rakan dan musuh” dalam memaksa Muhyiddin, sekali gus mengalih perhatiannya dengan tujuan akhir untuk memenatkan beliau supaya mengikut permintaan mereka.”

Semalam Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan gencatan senjata politik dan mengulangi sokongan parti itu kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) di sebalik hubungan tegang antara Umno dan PPBM.

Minggu lalu, Umno berkata partinya sudah menetapkan “syarat baru” untuk terus menyokong kerajaan itu.

Oh berkata, beliau percaya kedua-dua parti itu akan bertelingkah semula apabila jangkitan Covid-19 reda kerana Umno mahu menjadi pemimpin dalam gabungan pemerintah itu dengan Muhyiddin dijadikan lambang semata-mata.


Jeniri Amir.

Jeniri Amir daripada Majlis Profesor Negara berkata, gencatan senjata politik akan membantu menyejukkan keadaan politik ketika negara memfokus kepada usaha memerangi wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi.

“Umno bersikap realistik dan memahami sentimen di lapangan, tetapi saya percaya ini hanya sementara,” katanya.

“Sekiranya ia terus mendesak permintaannya sekarang, Umno akan dianggap gila kuasa meskipun ia berasa adalah munasabah untuk membuat permintaan itu kerana jumlah kerusi yang dimiliki dan kerana layanan yang diterimanya dianggap tidak adil.”

Beliau berkata hampir semua individu dalam kumpulan Mohamed Azmin Ali dijadikan menteri atau timbalan menteri walaupun ia mempunyai kerusi yang jauh lebih sedikit daripada Umno.

Katanya, Umno, yang dahulunya dominan di Sabah, kini menjadi “pengikut” di belakang PPBM di negeri itu.

“Jadi mereka sudah pasti akan berselisih lagi.”

Nazri Aziz.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz semalam berkata, perselisihan di Perak belum boleh diselesaikan walaupun ahli Umno di negeri itu akan mengikut keputusan Zahid.

Bekas menteri persekutuan itu berkata, Umno Perak akan bermesyuarat tidak lama lagi untuk membincangkan perkara itu, selain menambah beliau mahu mengambil kira perasaan PPBM mengenainya.

“Kita hanya mahu masalah di Perak diselesaikan, seperti pelantikan Adun dan pelantikan ketua kampung tanpa rundingan.”

Beliau merujuk kepada pelantikan Adun Umno, Aznel Ibrahim sebagai setiausaha politik Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu di tengah-tengah desas-desus mengenai penghijrahan kepada PPBM daripada Umno.

Azmi Hassan.

Faizal mewakili PPBM.

Bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia Azmi Hassan berkata, gencatan senjata politik akan menjadi tidak relevan apabila keadaan wabak Covid-19 terkawal.

“Apabila itu berlaku, saya rasa rakyat akan terima pembubaran Parlimen sebagai tukaran bagi kerajaan yang lebih stabil,” katanya.

#Sumber : FMT 

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Dari pandangan saya semua ahli majlis tertinggi Umno perlu muasabah diri jangan mementingkan kedudukkan kuasa biarlah kerjaan yang ada sekarang meningkatkan pemulihan ekonomi dan covid 19

    BalasPadam
  2. Kalau ikut dap dan sekutu2nya (mkini dan fmt) apa yg parti melayu islam buat semua tak kena

    Dah kenapa MR rajin sangat petik kalam barua2 ni

    BalasPadam
  3. Dah macam WWE org2 politik skrang...

    BalasPadam
  4. Parti politik org Melayu pecah dan perintah serta x henti2 bercakaran yg menyebabkan rakyat menangis melihat keadaan yg berlaku skrg ini. Adakah pemimpin menangis dgn keadaan yg dihadapi rakyat kini. Bilakah pemimpin Melayu benar2 matang dan bijak dlm mentadbir negara?

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.