Header Ads

Header ADS

Mesyuarat 4 jam U-Turn?


LAPORAN tersebut jelas tidak benar malah tidak wujud pun mesyuarat selama itu.

Pertimbangan Presiden UMNO mengambil kira pandangan pelbagai pihak dan merupakan keputusan beliau sendiri. Presiden dan UMNO memahami keutamaan adalah rakyat, apalagi bila melibatkan nyawa dan kesihatan.

Negara di Barat mengistiharkan darurat, bagi menjamin kerajaan dapat tumpukan perhatian kepada Covid-19 dan keselamatan negara. Berbilion ringgit dana negara terpaksa digunakan dan negara boleh bankrap angkara Covid-19.

Mengganggu kestabilan perkara paling mudah. Tukar PM tidak menghapuskan virus ini. Malah pilihan raya juga tidak akan menyelamatkan rakyat malah boleh memporak-perandakan lagi.

Situasi kita ini luar biasa. Tiada rujukan kecuali melihat kepada pelbagai pendekatan, dan menggubal preskripsi kita sendiri..

Kerajaan perlukan kestabilan...kerajaan juga perlukan masa. Bajet perlu ada untuk membiayai pelbagai tindakan termasuk operasi melindungi nyawa rakyat. Ia tidak boleh tidak.

Sementara itu, SPR perlu buat persiapan menggubal SOP baharu yang komprehensif sebelum boleh diadakan pilihan raya umum. Malah PRK seperti di Batu Sapi yang wajib diadakan, patut tidak diadakan sehingga semuanya terkawal.

Semua mudarat yang jelas ini wajib dielakkan. Sebenarnya kita sudah berada dalam darurat politik, darurat kesihatan, darurat ekonomi dan lain-lain. Apa ikhtiar kita untuk menyelamat ini semua?

Justeru, tindakan Presiden UMNO adalah tepat. Rakyat dan negara didahulukan, bukannya politik.

Malah kerajaan juga harus berani mencari ikhtiar secara bukan konvensional tetapi sebaliknya berfikir secara norma baharu dan di luar kotak...

Dahulukan rakyat, selamatkan negara!

ANNUAR MUSA

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Nampak UMNO bergerak kepada politik cerdik.Beransur2 buang angkuh dan rasa abang besar.PH la ni siang malam berpolitik.Machai PH banyak memainkan sentimen pergolakan negara Thai agar rakyat Malaysia turut sama ke jalan raya,merusuh kepada kerajaan.PH akan gagal jika bermain sentimen kebencian.Rakyat gembira dengan PM MY walaupun dalam situasi Covid -19.
    Zaman PH belum ada Covid, rakyat resah kerana PH itupun bersifat Covid-19

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.