Header Ads

Header ADS

Geng Mahathir kini menyerang kononnya wujud kronisme antara Muhyiddin dan Zafrul


Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz menjawab tuduhan mempunyai konflik kepentingan kerana memiliki hubungan keluarga dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Menurut Tengku Zafrul, hubungan jauh tersebut tidak melanggar garis panduan tadbir urus korporat, selepas terdapat dakwaan berlaku nepotisme berikutan pelantikannya dalam kabinet Muhyiddin awal tahun ini.

"Boleh tolong jelaskan bagaimana saya mempunyai hubungan persaudaraan dengan perdana menteri melalui perkahwinan?" soal Tengku Zafrul ketika diwawancara dengan stesen radio perniagaan BFM pagi ini.

Tidak lama selepas pelantikan Zafrul, seorang penganalisis yang tidak mahu disebutkan namanya, memberitahu Malaysiakini bahawa hubungan kekeluargaan itu akan membolehkan Muhyiddin memberi pengaruh yang besar terhadap Tengku Zafrul.

Penganalisis berkenaan merupakan sebahagian daripada kem bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Penganalisis itu berkata Tengku Zafrul mempunyai hubungan dengan keluarga Muhyiddin melalui adiknya Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz, seorang bekas exco Pemuda Umno yang tidak berjaya bertanding bagi jawatan majlis tertinggi dalam pemilihan parti itu pada tahun 2018.

Tengku Zuhri berkahwin dengan Fara Nadia Abd Rahim, yang mana kakaknya Fara Ikma Abd Rahim berkahwin dengan anak sulung Muhyiddin, Fakhri Yassin.

"Berapa banyak perkahwinan itu? Melalui tiga perkahwinan," kata Tengku Zafrul hari ini.

Tengku Zafrul berkata kod tadbir urus Korporat Malaysia oleh Suruhanjaya Sekuriti tidak mentakrifkan perkara seumpama itu sebagai hubungan kekeluargaan.

"Bagaimana hubungan saudara melalui tiga perkahwinan merupakan transaksi pihak berkaitan (Yang ditakrifkan dalam peraturan Bursa)? Tidak ada kaitan," kata bekas ketua eksekutif CIMB itu.

Dalam wawancara itu, Tengku Zafrul juga menafikan dakwaan memliki cita-cita politik peribadi, termasuk tuduhan bahawa dia telah menubuhkan tiga cawangan Umno semasa menjadi pegawai bank.

"Saya tidak terlibat dalam menubuhkan cawangan Umno, saya bukan ahli parti politik mana pun, dan saya tidak berminat untuk menyertai parti politik buat masa ini.

"Fokus mengapa saya berada di sini adalah untuk membantu merangsang ekonomi ke arah pemulihan," tegasnya.

MR :   Mereka ni tak ada kerja hanya nak merosakkan aje 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. biasalah pemakan dedak Tun Mahathir...apa saja yang berkaitan dengan Tan Sri Muhyidin Yassin dianggap ada kepentingan...Kelptokrat Tun Mahathir dan gerakkan perang saraf dari pemakan sesaknya...

    BalasPadam
  2. Semasa madey jadi pm dolu dolu siapa jadi ketua tentera, siapa jadi gabenur bank negara? Lahanat punya keling.

    BalasPadam
  3. Bercakap atas fakta bukan harmless fact Gavernor Bank Negara Tun Ismail Ali memang dah sedia ada jadi Gavernor sebelum Tun M jadi PM Dan TPM.Ex CEO Zafrul terlibat juga dgn kes 1 MDB

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keling lahanat, putar belit fakta.

      Padam
  4. salam. tun isma'el bin mohamed ali abang ipar tun mahathir menjabat gabenor bank negara antara julai 1962-julai 1980. sedang tun mahathir naik jadi pm ke-4 pada julai 1981. gabenor bank negara ketika tun mahathir menjabat pm selama dua puloh dua tahun enam bulan adalah seramai lima orang bermula dengan tan sri abdul aziz bin taha yang berkhidmat antara julai 1980-jun 1985 dan yang terakhir adalah tan sri dato' sri dr. zeti akhtar aziz yang berkhidmat antara mei 2000-april 2016. tun mahathir pensiun sebagai pm ke-4 pada 30 oktober 2003. ini fakta, ok!! jangan pesong sejarah rasmi kat anak-anak kita.

    BalasPadam
  5. Mesti la lantik orang rapat.xkan nak lantik musuh JD menteri kewangan.stupid.xkisah siapa janji dipercayai PM.bodoh punya soalan.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.