Header Ads

ads header

Flash News

Harap media tidak lagi mengeluarkan berita yang mampu mencetuskan panik


Wad unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu tak lumpuh seperti dilaporkan Mkini pagi ini walaupun ada jururawat yang dikuarantinkan.

Sebelum ini, Mkini melaporkan seramai 40 daripada 66 jururawat yang menjaga wad ICU terbabit kini terpaksa dikuarantin setelah sekurang-kurangnya seorang kakitangan disahkan positif Covid-19.

Bagaimanapun sejak dua hari lepas, seramai 475 frontliner Kementerian Kesihatan telah dihantar ke Sabah dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia untuk memperkasakan usaha merawat pesakit Covid.

Sejak bulan September lepas sehingga hari ini, 155 frontliners hospital di Sabah sudah dijangkit Covid.
Sehingga kini, seramai 579 orang frontliners kementerian kesihatan telah disahkan positif Covid sejak wabak Covid melanda pada bulan Januari 2020 lalu.

Ini adalah bahaya yang dihadapi front-liner setiap hari semasa memberikan perkhidmatan asas dan kritikal kepada komuniti.

Kegigihan, semangat kental dan daya juang pasukan petugas barisan hadapan tiada bandingan!
Sama-sama kita doakan frontliners yang sudah terjangkit dan semua pesakit yang dijaga mereka akan sembuh sepenuhya secepat mungkin.

Semoga mereka dipermudahkan segala urusan dan diberi kesihatan.

NAJIB RAZAK


#Sumber :     

MR :    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan