Header Ads

ads header

Flash News

Kekuatan Ilmu & Kekuatan Jasmani


1) Ketika Nabi Samuel berkata kepada mereka menyatakan bahawa Allah telah memilih Saul untuk menjadi pemimpin Bani Israel bagi menentang kezaliman Raja Goliath, pemuka-pemuka Bani Israel membantah dengan mempersoal akan kekayaan Saul yang tidak seberapa - bagaimana boleh menjadi pemimpin.

2) Lalu Nabi Samuel menyatakan kepada mereka, Saul dipilih berdasarkan kriteria kekuatan ilmu dan kekuatan jasmani - Saul memilikinya walaupun beliau tidak punya harta yang banyak. Oleh sebab mereka benar-benar serius mahu Goliath dikalahkan, mereka akur dengan perintah Allah dan nabi mereka. Saul diangkat menjadi Raja kepada Bani Israel. Akhirnya Goliath berjaya dikalahkan.

3) Kriteria kekuatan ilmu dan kekuatan jasmani inilah yang menjadi kriteria untuk PAS menghantar wakilnya ke dalam DUN Sabah secara lantikan. PAS tidak memilih sembarangan orang untuk menjadi satu-satunya wakil dalam DUN. Wakil sulungnya menjadi satu figure penting untuk memperlihatkan kemampuan PAS kepada rakyat Sabah.

4) Dengan menghantar wakilnya seorang pemegang ijazah kedoktoran, sihat tubuh badan dan masih muda belia, PAS nyata serius untuk membantu pentadbiran Sabah bersama-sama GRS yang terdiri daripada BN, PN dan PBS. Seriusnya PAS, figure bekas pensyarah UMS menjadi duta kepada PAS dalam kerajaan negeri.

5) Dari segi performance, Adun lantikan tersebut belum kita dapat pastikan kebolehannya berada dalam team pentadbir negeri. Di dalam teamnya ada serigala-serigala yang mungkin bertokak sesama sendiri. Di dalamnya mungkin ada politiking tunjal menunjal walaupun sesama gabungan parti. Bagimanakah dia akan perform? Itu kita kena tunggu dan lihat, dan beliau kena buktikan.

6) Ijazah PhD adalah simbol kekuatan ilmu dalam bidang tertentu yang dimiliki. Ia tidak menjanjikan kecekapan mentadbir, mengurus dan berurusan dengan rakyat. namun belum cuba, belum tau. Tubuh badan yang sihat adalah satu kemestian untuk menjadi pemimpin yang perform dengan baik.

7) Dari segi keseriusan PAS, ia telah ditunjukkan. Tinggal lagi, Adun lantikan itulah yang akan menatijahkan kerjabuat yang akan dinilai oleh rakyat Sabah khususnya, dan rakyat Malaysia amnya - akan kebolehan wakil-wakil PAS dalam mengurus tadbir kerajaan.

Sekian

Dr Tanaka Mustafa
#ps - gambar di atas -- kekuatan numbers

MR :  Kuat kencing!  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. semoga dapat menjalankan tugas dengan cemelang dengan memohon doa kpd allah semoga dipermudah segala urusan insya allah dan dijauhi dari puak2 yang sentiasa mengintai2 memcari kelalaian

    BalasPadam