Header Ads

ads header

Flash News

Hey Min, Kenapa you tak pakai tudung?


Begitulah antara pertanyaan mereka yang terlalu prejudis kepada pentadbiran Islam di Kelantan. Seolah-olah ingin menggambarkan pentadbiran PAS di Kelantan mengamalkan pemerintahan 'Extreme' kepada pengganut agama lain.

Seronok berkongsi pandangan dan maklumat dengan Foo Min Li dan Hareetaran JRaman berkaitan Dasar Membangun Bersama Islam.

Paling menarik perkongsian Min Li, yang menjadi bahan ejekan rakan-rakan bila meluahkan hasrat menabur budi di Negeri Kelantan. Antara ejekan yang di terima:

"You tak payah beranganlah kerja di Kelantan. You Cina. Mana kerajaan PAS akan terima!".

"You nak kerja di Kelantan you kena masuk Islam lah"

"You hati-hatilah di Kelantan. PAS banyak extreme di sana"

Begitulah antara sindiran dan ejekan yang di terima. Namun semangat Min Li untuk berbakti di negeri tercinta tidak pernah luntur. Akhirnya Min Li di terima menjawat jawatan di Urusetia Penerangan Negeri Kelantan.

Sama sekali merubah tanggapan awalnya terhadap pentadbiran Membangun Bersama Islam yang di amalkan 3 dekad yang lalu.

Kini Min Li dan Hareen menjadi ikon perpaduan kaum di negeri Kelantan. Bahkan perpaduan kaum yang di kecapi di negeri Kelantan mula menjadi rujukan pentadbiran di negeri-negeri lain. Moga Kelantan terus menjadi Ikon Perpaduan Kaum yang hebat.

Kita berbeza budaya, agama dan adat. Namun kita disatukan untuk saling menghormati dan memahami.
Cino, India, Siam geng kitow belako boh!!

Selamat bertugas buat Foo Min Li.

FB
Akhi Mal
 

MR : Fitnah kepada Islam dan perjuangan Islam tidak dapat dielak.. itu Sunatullah    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan