Header Ads

ads header

Flash News

Hina Islam: Pas seru umat Islam boikot barangan buatan Perancis


KUALA LUMPUR:
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam memboikot barangan buatan Perancis bagi menunjukkan solidariti terhadap Islam dan kemajmukan beragama dalam masyarakat.

Ia juga susulan kenyataan Presiden negara itu, Emmanuel Macron yang mempertahankan tindakan seorang guru yang mati dibunuh kerana membawa karikatur menghina Nabi Muhammad ke dalam kelasnya.

Tegasnya, pendirian Macron menunjukkan sikap permusuhan terhadap Islam dan umatnya.

"Sekalipun dilakukan semata-mata untuk mendapat undi pilihan raya, kita tidak seharusnya menyalahkan pemuda itu sahaja yang bertindak melampau apabila bertindak membunuh guru yang melakarkan kartun menghina Rasulullah SAW, kerana Presiden Perancis dan pelukis kartun yang menghina Baginda SAW lebih melampau sehingga mencetuskan provokasi yang keterlaluan.

"Justeru, kami menyeru sekalian umat Islam dan warga Malaysia yang prihatin untuk memboikot barangan buatan Perancis sebagai tanda solidariti menentang provokasi terhadap kesucian Agama Islam dan kemajmukan beragama dalam masyarakat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Katanya lagi, Islam mewajibkan berdakwah kepada bukan Islam dengan konsep tiada paksaan dalam agama, namun jangan sesekali menghina agama lain sebaliknya berhujah dengan mereka.

"Penganut Islam yang beriman menyayangi junjungan besar, Nabi Muhammad SAW lebih daripada sayangkan ayah dan ibu mereka sendiri, kerana jasa Baginda SAW yang membawa kebaikan di dunia sehingga alam akhirat. Walaupun begitu, Islam juga mewajibkan umatnya berlaku baik kepada ibu dan bapa sekalipun mereka tidak menganut Islam," ujarnya lagi.

#Sumber :  Astro

    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Macron juga mahu mengenakan sekatan kpd rakyatnya yang mahu mengunjungi negara negara yang kononnya bermasalah seperti Arab Saudi dan Qatar.
    Jikalau sekatan ini dilakukan , bagaimanakah rakyat mereka yang beragama Islam mahu melakukan haji dan umrah ?
    Mereka secara kejam telah melanggar hak asasi manusia dgn melakukan sekatan perjalanan seperti apa yang telah dilakukan semasa awal pemerintahan Hitler terhadap kaum Yahudi.
    Macron adalah regime Fascist yg perlu ditentang hebat hebat oleh semua negara.

    BalasPadam