Isu dakwaan rasuah PH semakin parah
DEWAN Ulamak PAS Pusat (DUPP) menggesa orang ramai agar terus menolak PH (Pakatan Harapan) Plus dan jangan diberi peluang kembali berkuasa kerana komponen parti tersebut terpalit satu demi satu dakwaan rasuah apatah lagi melibatkan pimpinan atasan parti-parti mereka. Sedangkan kononnya sebelum ini, lagak mereka dalam memerangi rasuah, namun apa yang berlaku sebaliknya.
Belum reda isu dakwaan rasuah yang membabitkan bekas Menteri
Kewangan, Lim Guan Eng didakwa di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos yang lalu
atas tuduhan meminta rasuah membabitkan projek terowong dasar laut di
Pulau Pinang, kini satu lagi kes dakwaan rasuah didedah dan dibicarakan
melibatkan bekas setiausaha politik bekas Menteri Pertahanan, Mohamad
Sabu, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada hari ini (15 Oktober
2020) atas lima tuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih
RM6.3 juta.
Di mana suara pejuang dari media PH Plus yang sebelum
ini berapi-api dalam memerangi kes dakwaan rasuah namun kini diam
membisu seribu bahasa apabila kes yang melibatkan parti mereka sendiri
didedahkan? Rasuah bukan isu sentimen politik apabila hanya mahu
mewujudkan sentimen kebencian namun ia isu integriti yang perlu dijaga
sama ada sewaktu menjadi pembangkang mahupun kerajaan.
Satu demi
satu kes dakwaan rasuah yang dibicarakan jelas menunjukkan kepincangan
integriti dan ketelusan PH Plus sewaktu memegang tampuk pemerintahan
sama ada di peringkat negeri mahupun Persekutuan. Sedangkan kuasa
politik yang diperolehi merupakan satu amanah yang perlu dilunaskan
mengikut etika kerja bagi membawa kebaikan kepada agama, rakyat dan
negara bukannya kepentingan peribadi.
Jika beginilah kesan
pemerintahan PH Plus maka semestinya rakyat wajib untuk terus menolak
komponen parti PH Plus agar jangan diulangi memberikan kepercayaan dalam
mengundi mereka kembali berkuasa. Apa yang mereka bisingkan sebelum ini
hanya kembali pada diri mereka sendiri. Mereka lagaknya mahu memerangi
rasuah namun akhirnya dakwaan rasuah itu kembali kepada mereka. Bak kata
pepatah Melayu mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang
lebih.
DUPP menegaskan bahawa rakyat perlu celik dalam isu
sebegini agar Pilihan Raya Umum akan datang, bagi memastikan kerajaan
yang dibentuk dengan kriteria integriti dan telus, maka wajarlah ditolak
mana-mana calon parti yang terpalit dengan isu rasuah sekalipun namanya
‘amanah’ namun tindakannya tersebut tidak amanah.
Firman Allah SWT :
(یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَخُونُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوۤا۟ أَمَـٰنَـٰتِكُمۡ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ)
Maksudnya :
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu
mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu
mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). (Surah Al-Anfal 27)
Sekian.
Ulamak Perteguh Muafakat
Islam Memperkukuh Perpaduan
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)
#Sumber : Harakahdaily
MR : PH cakap lebih tapi kosong
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Alhamdulillah 30 tahun PAS merintah Kelantan masih tiada kes rasuah.PH,PAN merintah 22 bulan,pakat2 kleptokrasi harta negara.Mat sabu dan LGE apa khabar tentang rasuah.Senyap jah.sebelum ni lantang bercakap rasuah la, salah guna kuasa la.Kencing semua tu.Dulu sokong PH, selepas ni bye2 PH/PAN
BalasPadam