Header Ads

ads header

Flash News

Jana Sarikata Secara Automatik Pada Adobe Premiere Pro Semudah Satu Klik


Sebagai penyunting video, acapkali kerja yang melecehkan adalah untuk membuat sarikata. Membuat sarikata memerlukan ketelitian dan ketepatan dalam meletakkan sarikata yang betul sewaktu percakapan yang betul.

Dalam kemaskini Adobe Premiere Pro yang terbaru, dibantu dengan kecerdasan buatan Adobe Sensei, fungsi ‘Speech To Text’ telah tersedia yang membolehkan perisian ini menganalisa dialog percakapan, dan menghasilkan sarikata untuknya.

Pengguna hanya perlu memastikan wujudnya sambungan internet kerana fail audio tersebut akan dimuat-naik untuk analisa, dan kemudian akan dijana secara automatik. Buat masa ini terdapat had bahasa dimana ia hanya menyokong bahasa-bahasa utama seperti Inggeris, Perancis, dan Jepun.

Buat masa ini fungsi ini tersedia pada Adobe Premiere Pro Beta anda anda boleh mendaftar perisian tersebut disini.


#Sumber : Amanz 

MR :  Membuat video sangat mudah, tak perlu kepakaran berbanding 10-20 tahun lalu 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan